Wednesday, May 15, 2024

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTHM dan Isianpadu Systems Sdn. Bhd.


Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTHM dan Isianpadu Systems Sdn. Bhd. Tarikh : 15 Mei 2024 (Rabu) Masa : 11.00 pagi Tempat : Dewan Jamuan, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

Yang Berhormat Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM pada hari ini telah mewakili pihak Universiti bagi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Isianpadu Systems Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Tuan Haji Mahathir Hashim, Pengarah Isianpadu Systems Sdn. Bhd., sambil disaksikan oleh YBrs. Encik Naim Maslan, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi UTHM.
Turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian tersebut, Tuan Haji Jasmani Haji Dari, Pengarah Jualan Isianpadu Systems, Profesor Madya Ts. Dr. Azizul Azhar Ramli, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, kakitangan Isianpadu Systems dan pegawai-pegawai Universiti.
MoU ini sebagai langkah melebarkan lagi usaha kerjasama dua pihak dalam bidang teknologi maklumat merangkumi penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan, komitmen geran industri serta latihan industri.

No comments: