𝐒𝐢𝐠𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐂𝐞𝐫𝐞𝐦𝐨𝐧𝐲 𝐨𝐟 𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐎𝐟 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫𝐬𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐭𝐰𝐞𝐞𝐧 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐮𝐧 𝐇𝐮𝐬𝐬𝐞𝐢𝐧 𝐎𝐧𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐔𝐓𝐇𝐌) 𝐀𝐧𝐝 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐁𝐫𝐮𝐧𝐞𝐢 (𝐔𝐓𝐁)
The details are as follows:
𝐃𝐚𝐭𝐞: 𝟏𝟗𝐭𝐡 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐲 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐓𝐡𝐮𝐫𝐬𝐝𝐚𝐲)
𝐓𝐢𝐦𝐞: 𝟏𝟎:𝟎𝟎 𝐚𝐦
𝐎𝐧𝐥𝐢𝐧𝐞 𝐩𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐯𝐢𝐚 𝐙𝐎𝐎𝐌
Thank you.
MoU UTHM-UTB Committee
Faculty of Electrical and Electronic Engineering
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
#FKEEUTHM
#UTHMJohor #GTU2030
#UTHMproducesprofessionals
19 Januari 2023 | Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Ts Dr. Azme Khamis telah mewakili Yang Berbahagia Naib Canselor dalam menyempurnakan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi Brunei (UTB) Brunei secara atas talian pada pagi ini. UTB, yang diwakili oleh Naib Canselor Datin Paduka Prof. Dr. Dayang Hajah Zohirah Haji Sulaiman menyaksikan kerjasama strategik di antara kedua-dua organisasi bersetuju untuk berkolaborasi dalam perlaksanaan program akademik, penyelidikan, program pertukaran pelajar dan staf seterusnya meningkatkan jaringan kerjasama dalam konteks antarabangsa.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh Pendaftar UTHM, En. Abdul Halim Abdul Rahman dan juga Pendaftar UTB, En. Lim Chui Hua. Delegasi dari UTB dibarisi oleh Dr. Hajah Ena Kartina Haji Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik), Prof. Dr. Mohamed Hasnain Isa, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan), Dr. Mohammad Saiful Haji Omar, Timbalan Naib Canselor (Industri dan Perkhidmatan) dan Pg. Dr. Seri Rayahu Pg. Ya’acub, Pemangku Dekan Fakulti Kejuruteraan. Manakala delegasi UTHM terdiri daripada Prof. Madya Ts. Dr. Asmarashid Ponniran, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Prof. Madya Dr. Ramlee Kamarudin, Pengarah Pejabat Antarabangsa, Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa serta Ketua-Ketua Jabatan FKEE.
Prof. Dr. Azme dalam ucapannya berkata jalinan kerjasama ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara UTHM dengan universiti antarabangsa terutamanya universiti yang mempunyai penarafan QS ranking yang tinggi, seterusnya mampu memperkasakan permohonan geran antarabangsa dan mengembangkan lagi daya saing penyelidikan dan inovasi di UTHM. Tambah beliau inisiatif seumpama ini diharap mampu meningkatkan kepakaran dan kemahiran bakat dalam kalangan staf dan pelajar di universiti ini.
No comments:
Post a Comment