Tuesday, November 8, 2022

Majlis Graduasi CAREER COACH 2021 & 2022



Majlis Graduasi CAREER COACH 2021 & 2022 Tarikh : 08 November 2022 (Selasa) Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan Jamuan Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM

#PKKAEvent | 08 November 2022 | Majlis Graduasi Career Coach 2021 & 2022 berlangsung di Dewan Jamuan, Aras 5 Canselori, Perpustakaan Tunku Tun Aminah.
YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki Bin Mustafa , Provost Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kampus Cawangan Pagoh selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM hari ini meluangkan masa merasmikan Majlis Graduasi Career Coach 2021 & 2022.
Program anjuran Jabatan Kerjaya Pelajar, Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni UTHM ini turut dihadiri Prof. Madya Ir. Dr. Muhammad Saufi Bin Kamarudin, Pengarah Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni, Encik Sunil Hasmukharay, Group CEO, HC Consultants Group, Dekan- dekan Fakulti dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi Career Coach.
Turut berlangsung Penyampaian Sijil kepada barisan Career Coach 2021 & 2022 sebagai satu simbolik graduasi. Career Coach merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni bagi meningkatkan kebolehpasaran dalam kalangan pelajar dengan memberikan khidmat nasihat kerjaya secara percuma sepanjang tahun kepada semua pelajar dan alumni UTHM. Sehingga kini UTHM mempunyai seramai 31 orang Career Coach yang telah menerima latihan dari HC Consultants Group.

Majlis yang berlangsung pada hari ini merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepada barisan Career Coach yang telah berjaya mengikuti Kursus Jurulatih Kerjaya, juga menghargai sumbangan dan komitmen mereka sepanjang lantikan ini.
.
.
.

No comments: