Wednesday, August 24, 2022

Bicara Negarawan Tun Hussein Onn dan Majlis Perasmian Projek Penyelidikan dan Inovasi Budaya dan Warisan Johor


 

Bicara Negarawan Tun Hussein Onn dan Majlis Perasmian Projek Penyelidikan dan Inovasi Budaya dan Warisan Johor

MAJLIS PERASMIAN PROJEK RESEARCH AND INNOVATION IN CULTURE AND HERITAGE OF JOHOR (RICHER) & BICARA NEGARAWAN TUN HUSSEIN ONN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menggerakkan projek RICHER sebagai salah satu inisiatif untuk menjenamakan penyelidikan dalam warisan budaya Johor disamping memartabatkan budaya dan kesenian Johor. Perpustakaan Tunku Tun Aminah bertindak sebagai penyelaras dengan kerjasama jawatankuasa terdiri daripada Pusat Kebudayaan Universiti, Pusat Pengajian Bahasa dan fakulti terpilih bagi merealisasikan usaha ini.
3. Oleh itu, beberapa aktiviti di bawah projek ini adalah pameran Warisan Batu Pahat yang akan mempamerkan sejarah perlombongan bijih besi di Seri Medan dan sejarah pertempuran tentera Berikat dan tentera Jepun di Parit Sulong. Selain itu, turut dipamerkan adalah Pameran Gambus yang juga diadakan dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia serta Showcase@UTHM yang merupakan pameran bidang-bidang tujah UTHM.
4. Selain itu, bersempena dengan mengenang 100 tahun tarikh kelahiran Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Ketiga, Program Bicara Negarawan akan diadakan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia yang akan membicarakan tentang ketokohan Tun Hussein Onn dari aspek pemikiran, kepimpinan, perjuangan dan sumbangan beliau kepada negara.
5. Oleh yang demikian, pihak Universiti amat berbesar hati ingin mengundang tuan untuk bersama-sama di dalam majlis ini pada ketetapan berikut:
Tarikh : 24 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Aras 2, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tentatif : Seperti di Lampiran

Majlis akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Panel Pembicara:

1)     YBrs. Prof. Dr. Kassim bin Thukiman, Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor

2)     YBrs. Prof. Madya Dr. Hamidin bin Abd Hamid, Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

Moderator: YBrs. Dr. Lutfan bin Jaes, Dekan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum UTHM

6. Turut dilampirkan adalah surat jemputan rasmi dan tentatif untuk makluman tuan. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan kami agar pihak tuan sudi untuk melapangkan masa dan seterusnya menerima jemputan ini. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Norashikin Johari
Pustakawan /
Setiausaha Majlis Perasmian RICHER & Bicara Negarawan
Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
07-4533329 / ashikinj@uthm.edu.my

No comments: