Thursday, July 28, 2022

MoA & MoU Signing Ceremony Faculty of Engineering Technology (FTK)





MoA & MoU Signing Ceremony Between Faculty of Engineering Technology (FTK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia and 1. Eadeco Sdn. Bhd. 2. N&E Innovations Pte. Ltd. 3. My Flexitank Industries Sdn. Bhd. 4. Technerve Technology Solutions Sdn. Bhd. (Aeronerve)

Date : 28th July 2022 (Thursday) Time : 10.00 am Venue : Dewan Jamuan Aras 5. PTTA, UTHM

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan My Flexitank Industries Sdn. Bhd., N&E Innovations Pte. Ltd., Eadeco Sdn. Bhd. dan Technerve Technology Solutions Sdn. Bhd. (AERONERVE) bertempat di Dewan Jamuan, Aras 5 Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM kampus induk.
UTHM diwakili oleh Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM wakil rasmi Naib Canselor UTHM telah menandatangani MoU/MoA bersama En. Khairul Nizam Mustafa, General Manager, My Flexitank Industries Sdn. Bhd., Ms. Gan Ming Quan, Chief Executive Officer, N&E Innovations Pte. Ltd., Ms. Grace Ngoi, Administration Senior Manager, Eadeco Sdn. Bhd. dan En. Muslim Abdullah Zaik, Chief Executive Officer, Technerve Technology Solutions Sdn. Bhd. (AERONERVE) yang telah disaksikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Jumadi bin Abdul Sukor, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM.
MoU dan MoA ini merangkumi jalinan kerjasama akademik, penyelidikan dan perundingan, selaras dengan misi UTHM dalam menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid dan bidang tujah universiti iaitu kelestarian teknologi dan pengangkutan. Tambahan daripada itu, usaha ini juga selari dengan sasaran hala tuju universiti yang baharu iaitu untuk menjadi sebuah Global Technopreneur University pada tahun 2030 (GTU 2030).
Program anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM ini turut dihadiri Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki Mustafa, Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Pegawai-pegawai Kanan Universiti serta wakil industri

No comments: