Majlis Pelancaran dan Menandatangani MOA Research Enhanced-Structured Internship Programme (RE-SIP)
YBhg. Prof. Ir. Dr. Robiah binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi selaku wakil rasmi YB Menteri Pengajian Tinggi telah sudi merasmikan majlis tersebut.
Turut hadir YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM, YBhg. Timbalan-Timbalan Naib Canselor UTHM, En. Abdul Halim bin Abdul Rahman, Pendaftar UTHM, Pegawai-Pegawai Kanan Universiti dan juga pihak industri.
Turut berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Research Enhanced Structured Internship Programme (RE-SIP) antara pihak UTHM dengan 25 rakan kerjasama strategik yang diwakili oleh Ahli-Ahli Lembaga Pengarah serta wakil dari syarikat yang terlibat. UTHM telah diwakili oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM, En. Abdul Halim bin Abdul Rahman, Pendaftar UTHM sebagai saksi dan Prof. Madya Ts. Dr. Lokman Hakim Bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).
Semoga kerjasama strategik ini dapat memberi manfaat besar kepada pihak UTHM dan rakan-rakan kerjasama serta dapat membantu universiti dalam melonjakkan prestasi, kecemerlangan universiti dalam akademik, penyelidikan & inovasi dan pembangunan mahasiswa.
#UTHMJohor
#UTHMEngage
#re-sipUTHM
#PartnershipFriendlyUniversity
Tarikh: 5 Ogos 2021 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Facebook: fb.me/UTHMEngage
https://www.facebook.com/UTHMEngage/videos/4198552040235942/
No comments:
Post a Comment