Tuesday, July 28, 2020

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat UTHM Tahun 2020

Tarikh : 28 Julai 2020 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Jemaah, Aras 5, PTTA

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat UTHM Tahun 2020 bertempat di Dewan Jemaah, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM.
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat UTHM Tahun 2020 telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM.
Aktiviti yang diadakan ialah ucapan ringkas dari YBhg Naib Canselor serta nyanyian lagu Negaraku dan kibaran bendera oleh semua jemputan sambil menyanyikan lagu Jalur Gemilang.
Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Pegawai-Pegawai Kanan Universiti dan Ketua-Ketua Pusat Tanggungjawab.

No comments: