Sunday, February 2, 2020

Program HIRARC di Kampus Pagoh

PERMOHONAN MEMBUAT LIPUTAN, SIARAN SECARA LANGSUNG & RAKAMAN PROGRAM HIRARC DI KAMPUS CAWANGAN PAGOH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE) akan menganjurkan program yang tersebut sebagaimana ketetapan berikut :

 Tarikh : 2-3 Februari 2020 (Ahad - Isnin)
 Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
 Lokasi : Dewan Kuliah 1, Blok A 1, Bangunan Pentadbiran UTHM Kampus Cawangan Pagoh.

3. Sehubungan dengan itu, pihak Pejabat OSHE bercadang untuk membuat rakaman perjalanan program tersebut untuk kegunaan rujukan pada masa akan datang. Oleh yang demikian, dipohonkan agar pihak tuan dapat membuat liputan dan rakaman berkenaan pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan. Bersama-sama ini disertakan aturcara program untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

4. Kerjasama tuan berhubung dengan perkara ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih Sekian.

‘DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA’
Yang benar 
DR BALKIS BINTI HJ. A. TALIP
Pengarah Pejabat Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07 4537665
s.k - Timbalan Pengarah Pejabat OSHE, Unit Kampus Cawangan Pagoh

BAT/mabik/29012020/Program Anjuran OSHE



Tetatif Program HIRARC 2-3 Februari 2020

Masa
Maklumat
8.30
Pendaftaran Peserta
8.45
Pengenalan Perlaksanaan Bengkel
9.15
Pengurusan Risiko Di Tempat Kerja
9.45
Pengenalpastian Hazard
10.30
Kudapan Pagi
11.00
Penaksiran Risiko Hazard
11.45
Kawalan Risiko Hazard
12.15
Pengisian Borang HIRARC A2Z
13.00
Rehat Makan Tengahari dan Solat
2.00
Refresh PnP sesi pagi
2.30
Praktikal Di Makmal dan Bengkel
4.00
Pembentangan Borang HIRARC di makmal terpilih.


No comments: