Wednesday, January 29, 2020

Majlis Perutusan Naib Canselor Tahun 2020


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


                    UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 8 ( 26 )                                                                                                                               21 Januari 2020

___________________________________

PEKELILING AM BIL. 2 TAHUN 2020
___________________________________

MAJLIS PERUTUSAN NAIB CANSELOR TAHUN 2020
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Perutusan Naib Canselor Tahun 2020 sepertimana ketetapan berikut :

                        Tarikh             :           29 Januari 2020 (Rabu)
                        Masa               :           9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
                        Tempat           :           Dewan Sultan Ibrahim (DSI)

2.         Kehadiran dalam majlis ini akan direkodkan menggunakan Sistem QR Code dan akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.         Justeru itu semua staf universiti adalah DIMESTIKAN HADIR sebagai komitmen terhadap program anjuran universiti. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Pegawai Khidmat Pelanggan, staf di perkhidmatan kaunter dan staf yang mempunyai komitmen dengan aktiviti/persidangan/seminar/kursus atau program lain.

4.         Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/YBhg. Prof. /Tuan/Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,



ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.      -     YBhg. Prof. Datuk Naib Canselor
            -     Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
            -     Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
            -     Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
            -     Menjalankan Tugas Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh
            -     Menjalankan Tugas Bendahari
            -     Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan
            -     Penasihat Undang-Undang
            -     Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan)
            -     Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat)
            -     Dekan-Dekan Fakulti/Pusat
            -     Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
            -     Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
Lampiran 1


TENTATIF
MAJLIS PERUTUSAN NAIB CANSELOR TAHUN 2020
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
***********************************************************************

9:00 pagi         :           Ketibaan YBhg. Naib Canselor
                        :           Nyanyian Lagu Bangsa Johor & Negaraku
                        :           Aluan Pengacara Majlis
                        :           Bacaan Doa
                        :           Ucapan Aluan Penolong Naib Canselor
(Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat)
:           Video Imbasan Pencapaian 2019
                        :           Perutusan Naib Canselor
                        :           Sesi Pelancaran SKTU 2020
                        :           Nyanyian Lagu Gemilang UTHM
12:30 t.hari     :           Majlis Ditangguhkan
2:30 petang    :           Taklimat Berkaitan Waktu Bekerja Fleksi (WBF)

5:00 petang    :           Selesai

No comments: