Tuesday, September 10, 2019

Perasmian Penutup Research & Innovative Technology Competition (RITEC 2019)

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
                                                             
YBhg. Prof./Tuan/Puan

JEMPUTAN KE PROGRAM DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP RESEARCH & INNOVATIVE TECHNOLOGY COMPETITION (RITEC2019), FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (FTK)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Teknologi Kejuruteraan akan menganjurkan program Research & Innovative Technology Competition (RITEC 2019) dengan kerjasama Pusat Teknologi Lanjutan (ATC) FTK seperti ketetapan berikut:

Tarikh             :  10 September 2019 (Selasa)
Masa               :  8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat           :  Dewan Serbaguna & Pusat Konvensyen
                Hab Pendidikan Tinggi Pagoh
                KM 1, Jalan Panchor
                84600 Pagoh, Muar, Johor

3.         Sehubungan itu, fakulti dengan berbesar hati menjemput YBhg. Prof./tuan/puan untuk hadir bagi memeriahkan lagi program dan majlis tersebut. Bersama ini disertakan atur cara majlis sebagai panduan. Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

”DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar



PROF. MADYA Ts. HJ. AMRAN BIN MOHD ZAID
Dekan
Fakulti Teknologi Kejuruteraan
06 – 974 2026

ATUR CARA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
RESEARCH AND INNOVATIVE TECHNOLOGY COMPETITION (RITEC 2019)
ANJURAN
FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

10 SEPTEMBER 2019 (SELASA)
PUSAT KONVENSYEN, HAB PENDIDIKAN TINGGI PAGOH

MASA
PROGRAM
2.30 petang
Ketibaan tetamu, peserta, staf dan pelajar
2.45 petang
Ketibaan Pegawai Kanan Universiti

Ketibaan Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTHM

Ketibaan Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Negeri Johor

Lagu “Negaraku” dan “Bangsa Johor”

Bacaan Doa
3.00 petang
Ucapan Alu-aluan oleh Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTHM
3.10 petang
Upacara Perasmian Penutup RITEC 2019 oleh Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Johor
3.20 petang
Gimik Perasmian Penutup RITEC 2019

Tayangan Multimedia
3.30 petang
Majlis Penyampaian Hadiah

Penyampaian Cenderamata

Lagu “Gemilang UTHM”

Sesi Fotografi

Minum Petang
4.30 petang
Bersurai


No comments: