Monday, February 25, 2019

Program Gotong Royong Perdana Sayangi UTHM 2019


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

YG.Bhg Prof. Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Tuan/ Puan,

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA SAYANGI UTHM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan program seperti berikut:

Nama Program           :          Program Gotong Royong Perdana Sayangi UTHM
Tarikh & Hari              :          25 Februari  2019 (Isnin)
Masa                           :          07.45 pagi hingga selesai
Tempat Berkumpul    :          Dataran Hadapan Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
Pembahagian Tempat :        Lokasi
                                               Pembahagian PTj

Perasmi                      :          YBhg. Profesor Ts. Dr. Wahid Razzaly
                                                Naib Canselor UTHM

3.    Sehubungan dengan itu, dengan segala hormatnya mempersilakan YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan agar dapat bersama-sama untuk menyumbang keperluan bagi Majlis Gotong Royong Perdana Sayangi UTHM ini.

Kepada yang berminat untuk menyumbang boleh menghubungi En. Shafry Salim (Penyelaras Program) 07-4533639 (shafry@uthm.edu.my)Pn. Maizatul Fahimah Miskan (PEW) 07-4538586 (maizatulf@uthm.edu.my), dan En. Mohd Agus Salim (PPP) 07-4533422 (magus@uthm.edu.my).

Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat Sayangi UTHM dan program Gotong Royong Perdana Sayangi UTHM ini akan dilaksanakan dengan jayanya.

Segala perhatian yang diberikan oleh YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan diucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah yang akan membalas jasa baik YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan.

Sekian, terima kasih.
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

JAWATANKUASA STRATEGIK SAYANGI UTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor, MALAYSIA

No comments: