Wednesday, January 23, 2019

Majlis Hi-Tea Santapan KSUTHM





Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera,


YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan,


MAKLUMAN ATUR CARA MAJLIS KEPADA STAF YANG TELAH MENGESAHKAN KEHADIRAN KE MAJLIS Hi-TEA ANJURAN KELAB STAF UTHM

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Staf UTHM (KSUTHM) akan menganjurkan Majlis Hi-Tea KSUTHM seperti ketetapan berikut:

                            Tarikh                         : 23 Januari 2019 (Rabu)
                            Tempat                       :  Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM
                            Tema                          :  Zaman Kesultanan Melayu  
                            Sesi Pendaftaran      :  Mulai jam 1.00 – 2.30 petang
                            Atur Cara                   :  Seperti di Lampiran

3.    Justeru itu, YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan adalah digalakkan untuk membawa bersama kad matrik staf bagi tujuan pendaftaran. Senarai nama yang telah mengesahkan HADIR adalah seperti di Lampiran 

4.    Pihak KSUTHM juga ada menyediakan ruang 'photobooth' di ruang legar DSI serta di atas pentas bagi sesi bergambar kenangan. Selain itu, turut disediakan Studio Fotografi Polaroid (berbayar) di ruang legar DSI  dengan kadar bayaran sebanyak RM5.00 sekeping untuk gambar bersaiz “bookmark” dan RM8.00 sekeping untuk gambar bersaiz 4R. Segala kos adalah di bawah tanggungan staf sendiri.

5.    Dengan ini, pihak KSUTHM sekali lagi dengan segala hormatnya amat berterima kasih di atas kesudian YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan untuk turut bersama-sama memeriahkan majlis ini nanti.



Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Haszrinaz Binti Husain @ Hashim
Pengerusi JK Pelaksana Majlis Hi-Tea KSUTHM
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


ATUR CARA 
MAJLIS HI-TEA KSUTHM : ZAMAN KESULTANAN MELAYU 
23 JANUARI 2019 (RABU) 
DEWAN SULTAN IBRAHIM, UTHM 

1.15 petang : Ketibaan ahli KSUTHM 
2.15 petang : Ketibaan Pegawai Eksekutif Universiti 
2.30 petang : Ketibaan YBhg Prof .Ts. Dr Wahid Bin Razzaly Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
: Ucapan Aluan YBhg Prof Dr Yusri Bin Yusof Pengerusi Kelab Staf UTHM 
: Persembahan Khas AJK Majlis Hi-Tea KSUTHM 
: Persembahan Tarian ~ Kumpulan Zapin Belia Batu Pahat 
: Sesi Cabutan Bertuah (1) 
: Jamuan Makan 
: Persembahan Artis 
: Sesi Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Sukan Staf 2018 
: Persembahan Tarian ~ Kumpulan Zapin Gemalai Sakti 
: Pengumuman Finalis Sultan dan Permaisuri 
: Pertabalan Sultan dan Permaisuri Majlis Hi-Tea KSUTHM 
: Sesi Cabutan Bertuah (2) : Sesi Penyampaian Cenderamata Tetamu VIP 
: Sesi Bergambar Ahli KSUTHM Bersama Tetamu VIP 
5.00 petang : Majlis Bersurai

No comments: