Tuesday, October 30, 2018

Kejohanan Silat Antarabangsa KPM – UTHM 2018


Assalamualaikum/Salam Sejahtera, 


YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan, 

MAKLUMAN PENGANJURAN KEJOHANAN SILAT ANTARABANGSA KPM – UTHM 2018 DAN KEJUARAAN SILAT SENI ASLI TERBUKA EDISI KE – 9, 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) akan mengadakan Kejohanan Silat Antarabangsa KPM – UTHM 2018 dan Kejuaraan Silat Seni Asli Terbuka Edisi – 9, 2018. Butiran lanjut mengenai kejohanan ini adalah seperti berikut:

            Tarikh              : 30 Oktober 2018 hingga 03 November 2018
             Hari                  : Selasa hingga Sabtu
            Masa                : 8.00 pagi – 11.00 malam
            Tempat            : Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)    

Sehubungan itu, kami ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan untuk hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan kali ini. Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Yang benar,

Mohd Hazrin Abd Rahman
Unit Kecemerlangan Pelajar
Pusat Sukan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-4537439
    

No comments: