UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 7 (48) 17 September 2018
___________________________________
___________________________________
MAJLIS TITAH TUANKU CANSELOR
SEMPENA JUBLI PERAK 25 TAHUN PENUBUHAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan Majlis Titah Tuanku Canselor Sempena Jubli Perak 25 Tahun Penubuhan UTHM sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 20 September 2018 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga selesai
Tempat : Dewan Sultan IbrahimPakaian : Pakaian Rasmi
- Kehadiran dalam majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf. Justeru itu, semua staf universiti adalah DIMESTIKAN HADIR sebagai komitmen terhadap program anjuran universiti. Semua staf diminta membawa bersama kad matrik untuk tujuan rekod kehadiran dan mesin perakam kehadiran akan disediakan di kedua-dua lokasi majlis.
- Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Pegawai Khidmat Pelanggan dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti/persidangan/seminar/kursus.
- Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/Puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
- Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh
- Bendahari
- Ketua Pustakawan
- Penasihat Undang-Undang
- Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan)
- Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat)
- Dekan-Dekan Fakulti/Pusat
- Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
AHAR/SSAS/s16.09.18/pekelilingam
Lampiran 1
MAJLIS TITAH TUANKU CANSELOR
SEMPENA JUBLI PERAK 25 TAHUN PENUBUHAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Tarikh : 20 September 2018 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim
08.30 pagi : Para tetamu mengambil tempat duduk
08.40 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
09.00 pagi : Keberangkatan tiba DYAM Tunku Ismail Ibni
Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Pro-Canselor UTHM
09.30 pagi : Keberangkatan tiba DYMM Sultan Ibrahim
Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang
Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk
Johor Darul Ta’zim, Canselor UTHM
09.50 pagi : Keberangkatan Masuk
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,
Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk
Johor Darul Ta’zim, Canselor UTHM
09.55 pagi : Lagu Bangsa Johor
10.00 pagi : Bacaan Doa
Tayangan Multimedia
10.15 pagi : Ucapan oleh YBhg. Naib Canselor UTHM
10.30 pagi : Titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri
Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Canselor UTHM
11.30 pagi : Pelancaran Buku Dian Desa :
Dari Pulau Sialu ke Sungai Layau
11.40 pagi : Persembahan cendera kenangan
11.45 pagi : Lagu Bangsa Johor
12.00 tgh : Majlis santapan
12.30 ptg : Keberangkatan balik DYMM Sultan Ibrahim
Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang
Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk
Johor Darul Ta’zim, Canselor UTHM
Keberangkatan balik DYAM Tunku Ismail Ibni
Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Pro-Canselor UTHM
No comments:
Post a Comment