Thursday, December 21, 2017

"BISIKAN QARIN" Pentas teater karya Johor 2017


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

PROMOSI TIKET MENONTON TEATER
"BISIKAN QARIN" Pentas teater karya Johor 2017

Sekali lagi UTHM telah berjaya dapat menempatkan diri dalam produksi PENTAS TEATER KARYA JOHOR 2017
Bukan calang-calang dan bukan selalu ada, jadi! rebut peluang menonton! 

Harga tiket asal RM10, diskaun kepada RM5 dan skrg PROMOSI RM2/RM1 
RM2 (Dewasa)
RM1 (Kanak-kanak)
*Dengan rasa sukacitanya memaklumkan Majlis Teater Johor telah menaja tiket persembahan
pementasan ini dan harga tiket menjadi RM2/RM1 sahaja. Sangat Murah!

Teater? BISIKAN QARIN?

Apa itu teater?
Teater adalah sebuah persembahan lengkap lakonan yang mempunyai set dan props 
seperti sebuah kehidupan nyata. Anda akan melihat sebuah kehidupan baru yang tidak pernah anda saksikan
dan ianya hidup diatas pentas. 

Kenapa perlu menonton teater?
Teater memanusiakan manusia. Mendidik dan memberi mesej berguna yang 
sampai kejiwa penonton, sesuai untuk remaja dan anak-anak bagi mencerna minda dan mencipta kreativiti.

Kenapa perlu pergi menonton teater BISIKAN QARIN? 
Kerana persembahan ini dibuat oleh sekumpulan pelajar UTHM yang telah menjuarai Festival Teater Johor 2014/2015
Pengarah teater ini adalah pemegang Ijazah sarjana Muda Seni Persembahan Drama (Teater) University Malaya,
Diploma pengarahan teater Akademi Seni Kebangsaan  (ASWARA) dan Master pendidikan teknikal dan Vokasional  (Kajian Lakonan).
Pernah menjadi jurulatiha lakonan untuk program realiti TV Pilih Kasih 1(RTM), Aktif mengarah  dan berlakon teater di Kuala Lumpur sekitar 2002-2012,
Pernah memenangi anugerah pengarah teater terbaik UM 2012, Pengarah terbaik Festival Teater Johor 2011 dan Pengarah terbaik Festival Teater Johor 2014.
Pernah menjuarai Festival Teater KL (Monolog)2008, Juara Fes Teater UM 2010 & 2011 dan Juara Fes Teater Johor 2011 & 2014.
~tentu best kan! 

Bisikan Qarin?
Mengisahkan tentang kehidupan remaja yang penuh pancaroba, Plot bertemu plot kemudian mereka dibawa ke satu alam bertemu dengan Qarin dan Qadam, 
disitu mereka mengenal erti neraka dan syurga.. konflik bertemu konflik akhirnya mereka bertaubat.  Teater Kontempolari ini membawa konsep experiment dan realisme
dimana ada nyanyian, tarian dan juga lakonan hebat! 

Cepat rebut tiket terakhir sebelum rabu ini :
wassap : www.wasap.my/601152899100 (Hariz) utk tempahan tiket.


Sekian terima kasih

--
"Dengan Hikmah Kita Meneroka"
Rosdi Bin Abdullah
Unit Kebudayaan 
Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
rosde@uthm.edu.my
h/p : 0127588776
Tel : 07-4537883 

No comments: