Saturday, November 11, 2017

Kolokium Pendidikan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) 2017

Kolokium Pendidikan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) 2017 Zon Selatan

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera
YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
JEMPUTAN KE PAMERAN KOLOKIUM PENDIDIKAN STEM 2017 ZON SELATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan program Kolokium Pendidikan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) 2017 Zon Selatan seperti ketetapan berikut: 

Tarikh : 11 Nov 2017 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi ~ 5.00 ptg
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim, UTHM


3. Untuk makluman, pameran adalah terbuka kepada orang awam. Terdapat 35 pameran berkisarkan STEM yang terdiri dari pihak univeriti, sekolah dan industri. Sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai program ini YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari boleh menghubungi Dr. Hamizah Mohd Safuan di talian 07-4537412.

4.  Oleh itu, semua warga Kampus UTHM adalah dialu-alukan untuk hadir ke pameran bagi memeriahkan program tersebut. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari amatlah dihargai.
YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

Prof. Madya Dr. Mohd Kamarulzaki Mustafa
Pengerusi Bersama UTHM
Kolokium Pendidikan STEM 2017 Zon Selatan



No comments: