Thursday, September 7, 2017

Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Johor 2017


JEMPUTAN KE PROGRAM PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Sasbadi Sdn. Bhd. akan menganjurkan Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Peringkat Negeri Johor 2017, yang melibatkan 56 buah Sekolah Rendah dan 36 buah Sekolah Menengah sekitar Johor. Program ini akan berlangsung seperti ketetapan yang berikut:

         Tarikh             :         7 September 2017 (Khamis) dan 10 September 2017 (Ahad)
          Masa               :         10.00 pagi – 5.00 petang
         Tempat           :          Dewan Peperiksaan F2 Atas, UTHM

Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis ini. Untuk makluman, terdapat beberapa gerai jualan disediakan.

Sekian, Terima Kasih.   

Yang benar,



Dr. Chia Kim Seng
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana UTHM
Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2017 peringkat Negeri Johor
Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
 07-453 7572/7553    
 email : kschia@uthm.edu.my

No comments: