JEMPUTAN KE PROGRAM PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2017
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Adalah
dimaklumkan bahawa, Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
(FKEE) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan
Sasbadi Sdn. Bhd. akan menganjurkan Pertandingan Robotik Kebangsaan
(NRC) Peringkat Negeri Johor 2017, yang melibatkan 56 buah Sekolah
Rendah dan 36 buah Sekolah Menengah sekitar Johor. Program ini akan
berlangsung seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh : 7 September 2017 (Khamis) dan 10 September 2017 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Peperiksaan F2 Atas, UTHM
Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis ini. Untuk makluman, terdapat beberapa gerai jualan disediakan.
Sekian, Terima Kasih.
Yang benar,
Dr. Chia Kim Seng
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana UTHM
Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2017 peringkat Negeri Johor
Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
07-453 7572/7553
email : kschia@uthm.edu.my