Thursday, June 15, 2017

Program Nuzul Al Quran dan Iftar Jamaie UTHM



Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Ybhg. Dato'/Datin/Prof/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Bersempena  dengan Bulan Ramadhan 1438H/2017M, pihak Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua warga muslim UTHM.

3.         Bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini, pihak Pusat Islam dengan kerjasama JK Masjid Sultan Ibrahim, PPUK, KSUTHM, IASWJ dan CeDS akan mengadakan Program NUZUL AL QURAN DAN IFTAR JAMAIE UTHM iaitu seperti berikut :
 

JADUAL PROGRAM NUZUL AL QURAN DAN IFTAR JAMAIE UTHM
TARIKH          : 15 JUN 2017 (KHAMIS)
MASA             : 9.00 PAGI - 8.00 MALAM
TEMPAT        : MASJID SULTAN IBRAHIM, UTHM

15 JUN 2017 (KHAMIS)
Masa
Agenda

9.00 - 10.00
pagi


Pendaftaran peserta

10.30 - 12.30 tengahari

Ceramah oleh: PM Dr. Haji Mohd. Ismail bin Mustari
Tajuk: Ramadhan: Penghayatan dan Impaknya kepada Pengukuhan Akhlak Muslim

12.30 - 2.00 petang


Rehat/ Solat Zohor Berjamaah

2.00 - 3.00 petang


Tadarus al-Quran

3.00 - 4.30
petang


Ceramah Pondok Universiti:
Tajuk : Penghayatan Al-Quran
Oleh Syeikh Abu Zaki As-Sanggafuri Al-Hadrami.

4.30 - 5.00
petang


Rehat/ Solat Asar/ Berjamaah

5.00 - 5.30
petang


Khatam al-Quran

5.30 - 6.30
petang


Ceramah Nuzul al-Quran oleh: Ustaz M.Asrar Sidon
Tajuk: Pengajaran daripada Peristiwa Nuzul al-Quran

6.30-7.00
petang


Majlis Penyampaian Sumbangan oleh KSUTHM

7.00 - 8.00
malam


Rehat / Majlis Berbuka (tajaan KSUTHM) / Solat Maghrib Berjamaah/ Bersurai



Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan keterlibatan semua didalam menjayakan program NUZUL AL QURAN DAN IFTAR JAMAIE UTHM. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Ustaz Mohd Lotfi bin Solihan
Ketua Pusat Islam 
Pusat Islam, UTHM

No comments: