Saturday, February 25, 2017

Karnival Pendidikan Tinggi Negara bagi Zon Selatan 2017




Sukacita dimaklumkan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menjadi tuan rumah Karnival Pendidikan Tinggi Negara bagi Zon Selatan. Karnival ini akan berlangsung seperti butiran berikut:

Tarikh : 25 dan 26 Februari 2017 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Padang Kawad, UTHM.
Masa : 9 pagi - 5 ptg

Pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan seperti berikut;

Seminar Kemasukan Pelajar
Pameran Pendidikan melibatkan lebih 150 Universiti Awam, Universiti Swasta dan pelbagai Agensi Awan dan Swasta
Persembahan Kebudayaan oleh Pelajar UTHM
Pertandingan Kuiz
Pameran Badan Beruniform
Food Truck dan Keusahawanan Pelajar

Sehubungan itu, orang ramai terutamanya pelajar lepasan SPM dan STPM serta individu yang berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah dipelawa untuk menghadiri Karnival ini.

“MEH MASUK IPT!!!......... JANGAN LUPA EK”

--
MDZAMRI
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
OFF:074537192 | FAX:074536353

No comments: