Wednesday, January 18, 2017

Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/2017 untuk SEMUA ahli AKRAB UTHM

YBhg. Prof. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

MAJLIS AKRAB UTHM : SESI PERKONGSIAN ILMU SIRI 1/2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah sukacita dimaklumkan bahawa, persatuan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), UTHM akan mengadakan program Sesi Perkongsian Ilmu Siri 1/2017 untuk SEMUA ahli AKRAB UTHMProgram ini akan di adakan pada 

Tarikh : 18 Januari 2017 
Tempat : Dewan Jamuan 1, UTHM 
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tgh. 

3. Sehubungan itu, kepada semua ahli AKRAB anda semua adalah diminta untuk membuat pengesahan kehadiran sebelum atau pada 10 Januari 2017 ke email akrab@uthm.edu.my. 

4. Pengisian program antaranya ialah sesi tazkirah yang akan disampaikan oleh Tuan Hj Daud, jamuan potluck, sesi perkongsian ilmu, sesi meraikan sahabat AKRAB UTHM yang baru mendirikan rumahtangga dan juga kelahiran. Segala kerjasama YBhg. Prof. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dalam mengambil perhatian mengenai perkara ini kami ucapkan ribuan terima kasih.

“AKRAB UTHM : MENEROKA POTENSI DIRI”


TN HJ ZAINUDIN BIN MD NOH
Presiden
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Samb : 453 3422

No comments: