Friday, November 18, 2016

Program Orientasi Minyak dan Gas 2016

Program Orientasi Minyak dan Gas 2016





19 November 2016 (Sabtu)
Majlis Perasmian Penutup
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan 1, Dewan Kuliah 2


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

YBhg. Prof./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PROGRAM ORIENTASI MINYAK DAN GAS 2016 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas.


  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) dan Talent Corp Malaysia akan mengadakan Program Orientasi Minyak dan Gas 2016 UTHM yang bertujuan melatih dan mempersiapkan graduan yang berkebolehan dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. Program ini merupakan cetusan kolaborasi Triple Helix antara IPTA, Industri dan Kerajaan untuk menjayakan program modal insan yang menjurus kepada industri minyak dan gas di negeri Johor, khususnya di Pengerang. Maklumat berkaitan program adalah sepertimana ketetapan berikut :-
                   Tarikh             :           18 November 2016 (Jumaat)
                   Masa             :            8.30 pagi
                   Tempat           :           Dewan 1, UTHM
  1. Sehubungan dengan itu, dengan segala hormatnya pihak YBhg. Prof./Tuan/Puan adalah dijemput dan dipersilakan hadir ke majlis tersebut. Bersama ini dilampirkan aturcara majlis untuk makluman pihak YBhg. Prof./Tuan/Puan selanjutnya.

Kehadiran YBhg. Prof./Tuan/Puan untuk menjayakan majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


PROF. MADYA DR. MOHD EZREE BIN ABDULLAH
Pengarah
Pejabat Hubungan Universiti dan Industri
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
( 7193

Atur Cara Majlis Perasmian Program Orientasi Minyak & Gas 01/2016 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
18 November 2016 (Jumaat) 

Masa Program Lokasi 

7.30 pagi : Pendaftaran pelajar Dewan 1, UTHM 
8.40 pagi : Ketibaan tetamu jemputan: 
YBhg. Profesor Dr. Wahid bin Razzaly Menjalankan Fungsi Sebagai Naib Canselor, UTHM YBrs. Encik Mohd Yazid bin Ja’afar, Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) 
YBrs. Puan Shareen Shariza Dato’ Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corp 
Wakil Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Pegawai Kanan Universiti 
8.45 pagi : Ucapan pendahuluan oleh Pengacara Majlis dan bacaan doa 
8.50 pagi : Ucapan Aluan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr Abdul Razak Hj Omar, Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat), UTHM 
9.00 pagi : Ucapan perasmian oleh YBhg. Profesor Dr. Wahid bin Razzaly, Menjalankan Fungsi Sebagai Naib Canselor, UTHM 
Penyampaian cenderamata kepada Y.Bhg. Profesor Dr. Wahid bin Razzaly 
9.20 pagi : Sesi bertukar cenderamata UTHM – JPDC – Talent Corp Sesi bergambar (VIP) 9.40 pagi : Sidang media – UTHM, JPDC dan TalentCorp - Jamuan VIP selesai sidang media Bilik VIP, UTHM 
10.00 pagi : Sidang Media & temu bual peserta Program Oil & Gas Bridging Gaps & Employability 01/2016 
10.30 pagi : Jamuan dan bersurai Dewan 1, UTHM

No comments: