Wednesday, October 19, 2016

Seminar Keselamatan Negara dan Isu-Isu Semasa


Assalamualaikum/Salam Sejahtera


YBhg Datuk/Dato'/Datin/Prof/Tuan/Puan,

 JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR KESELAMATAN NEGARA DAN ISU-ISU SEMASA

Bahagian Keselamatan Pejabat Pendaftar telah bekerjasama dengan Pejabat Hal Ehwal Pelajar bagi menganjurkan Seminar Keselamatan Negara dan Isu-Isu Semasa.

2.    Sehubungan itu semua warga universiti dijemput menghadiri Seminar yang akan diadakan seperti butiran berikut :

       2.1     Tarikh     :    19 Okt. 2016
       2.2     Masa      :    0815 pagi hingga 1.00 tengahari
       2.3    Tempat   :    Dewan Sultan Ibrahim

3.    Seminar ini bagi memberi pendedahan kepada warga universiti berkaitan Perlembagaan Malaysia kerana pelanggaran kepada Perlembagaan Negara akan menjurus kepada ancaman keselamatan negara sementara Isu-Isu Semasa akan memberi fokus kepada Ancaman Militan IS/Daesh yang boleh perlu dibendung secara bersama kerana ianya boleh berlaku sama ada kepada staf, pelajar mahu pun ahli keluarga.

4.    Kehadiran YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan adalah sangat diharapkan bagi menunjukkan sokongan kepada usaha-usaha menangani isu-isu keselamatan yang dilaksanakan di seluruh Negara dan juga UTHM sendiri.      

Sekian, terima kasih.

" DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA"

Yang benar,

YUSOFF BIN ROMLI
Ketua Keselamatan
samb. 7140

 

No comments: