Saturday, September 24, 2016

Perarakan Town and Gown Sempena Konvokesyen UTHM kali Ke-16


Perarakan Town and Gown Sempena Konvokesyen UTHM kali Ke-16

Tarikh : 24 September 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dataran Penggaram Batu Pahat, Johor 

UTHM akan menganjurkan Perarakan Town and Gown bermula dari jalan Rahmat menuju ke Dataran Penggaram pada 24 September 2016 ini.

Perarakan merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk memberitahu seluruh penduduk di daerah Batu Pahat akan penganjuran Majlis Konvokesyen kali ke-16 yang akan berlangsung pada 8, 9 hingga 10 Oktober ini, selain merupakan simbolik hubungan erat di antara warga UTHM dengan penduduk di daerah ini. 

Perarakan Town and Gown yang juga dikenali sebagai ’Communiversity Celebration’ seperti ini merupakan satu amalan turun temurun beberapa universiti ternama di luar negara seperti Universiti Princeton, Universiti Charles Stuart, Universiti St. Andrews dan Universiti Michigan Ann Arbor. Di semenanjung Malaysia, UTHM merupakan institut pengajian tinggi pertama yang mengadakan perarakan seperti ini.



No comments: