Monday, August 1, 2016

Seminar Digital Content Copyrights 2016



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

YBhg. Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR DIGITAL CONTENT COPYRIGHTS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik bersama Bahagian Perundangan
akan mengadakan Seminar Digital Content Copyrights sebagaimana ketetapan berikut:

            Tarikh             :           1 Ogos 2016 (Isnin)
            Masa               :           8.30 pagi – 12.30 tengahari
            Tempat           :           Dewan Jemaah, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM
                                               
3.    Sebagai makluman YBhg. Prof/Tuan/Puan, tujuan seminar ini adalah untuk memberikan penerangan
barkaitan hak cipta di dalam e-pembelajaran. Seminar ini akan disampaikan oleh Profesor Dr. Zinatul Ashiqin binti Zainol.
Beliau merupakan Timbalan Pengarah, Pusat Inovasi Kolaboratif, Universiti Kebangsaan Malaysia.

4.    Sehubungan dengan itu, semua staf akademik digalakkan hadir dan staf pentadbiran adalah dijemput untuk menghadiri
seminar ini. Kehadiran YBhg. Prof/Tuan/Puan akan direkodkan di dalam jam kursus. Kerjasama dan perhatian
YBhg. Prof./Tuan/Puan amatlah kami harapkan dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
  


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,

Jabatan Pembangunan Latihan Akademik (JPLA)
Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
'07-4537400

No comments: