Wednesday, April 23, 2014

Majlis Taklimat Skim Perkhidmatan Dan Isu-isu Semasa


Assalamualaikum wr.wb. dan Selamat Sejahtera

Y.Bhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan

MAKLUMAN MAJLIS TAKLIMAT SKIM PERKHIDMATAN DAN ISU-ISU SEMASA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada di atas.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (KEKAS UTHM) akan menganjurkan majlis tersebut pada :

Tarikh        :        23 April 2014 (Rabu)
Masa        :        02.00 – 05.00 Petang
Tempat        :        Dewan Banquet
                Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

3.        Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati menjemput semua staf akademik dan pelaksana Universiti untuk menghadiri program ini yang selain daripada kehadiran Presiden serta beberapa orang Pegawai Tertinggi CUEPACS, majlis ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Tertinggi GAKUM (Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia).  Untuk makluman Y.Bhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan, kaunter Takaful Kasih 1 CUEPACS, CUEPACSCARE dan KEKAS UTHM akan dibuka untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan.

4.      Semoga Y.Bhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan dapat mengambil peluang bertemu dan bersoal-jawab dengan Presiden CUEPACS.  Bersama-sama ini disertakan atur cara majlis untuk makluman Y.Bhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar

AZLINDA BINTI AHMAD@SALLEH
Setiausaha KEKAS UTHM
Samb. 7595

ATUR CARA MAJLIS

Tarikh      :     23 April 2014 (Rabu)
Tempat    :     Dewan Banquet
                        Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
                                 

02.00 Ptg         :     Ketibaan para jemputan Universiti

02.15 Ptg         :     Taklimat Takaful Kasih 1 CUEPACS

02.30 Ptg         :     Taklimat CuepacsCare

02.45 Ptg         :     Ketibaan Y.Bhg. Tuan Hj. Mohd Zailani bin Abd Razak
                              Pengerusi GAKUM

                        :     Ketibaan Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh bin Dalimin
                              Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

                        :     Ketibaan Y.Bhg. Encik Azih bin Muda
                              Presiden CUEPACS

03.00 Ptg         :     Nyanyian Lagu Negaraku

                              Nyanyian Lagu Suara Pekerja

                              Bacaan Doa

                              Ucapan Alu-aluan oleh
                              Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh bin Dalimin
                              Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

                              Ucapan oleh
                              Y.Bhg. Tuan Hj. Mohd Zailani bin Abd Razak
                              Pengerusi GAKUM

                              Taklimat oleh
                              Y.Bhg. Encik Azih bin Muda
                              Presiden CUEPACS

                              Penyampaian Cenderahati

05.00 Ptg         :     Jamuan Ringan/Bersurai

Contact Info:
FAIZAL BIN NAIM Presiden KEKAS UTHM 07-4537132


No comments: