Wednesday, January 29, 2014

Majlis Diskusi Ilmu Refleksi Pencapaian Akhir Tahun Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) 2013 Dan Amanat Naib Canselor 2014




UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 4 (  45   )                                                   21  Januari 2014

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 41 TAHUN 2014
_____________________________

MAJLIS DISKUSI ILMU
“REFLEKSI PENCAPAIAN AKHIR TAHUN  SASARAN KERJA TAHUNAN UNIVERSITI (SKTU) 2013” DAN AMANAT NAIB CANSELOR 2014
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Diskusi Ilmu “Refleksi Pencapaian Akhir Tahun Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) 2013” dan Amanat Naib Canselor 2014 sepertimana ketetapan berikut :

                   Tarikh           :        29 Januari 2014 (Rabu)
                   Masa            :        8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
                   Tempat         :        Dewan Sultan Ibrahim

2.       Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.            Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti. Staf dikehendaki merekodkan kehadiran datang dan pulang di Dewan Sultan Ibrahim. Semua staf dikehendaki duduk di bahagian yang telah dikhaskan mengikut Fakulti/PTj masing-masing semasa majlis berlangsung.

4.         Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Pegawai Khidmat Pelanggan dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti/persidangan/ seminar/kursus.

5.            Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar

SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


SH/MR/ash/20.01.2014/Pekeliling Am UTHM

TENTATIF
MAJLIS DISKUSI ILMU
“REFLEKSI PENCAPAIAN AKHIR TAHUN SKTU 2013” DAN AMANAT NAIB CANSELOR 2014


Tarikh        :      29 Januari 2014 (Rabu)
Masa          :      8 : 30 pagi – 12 : 30 tengahari
Tempat      :      Dewan Sultan Ibrahim

8.30 pagi       :        Ketibaan Warga Universiti
8:45 pagi       :        Ketibaan YBhg. Dato’ Naib Canselor UTHM
                             ~ YBhg. Prof. Dato’ Dr Mohd Noh Dalimin
8:50 pagi       :        Bacaan Doa
                        :        Nyanyian Lagu Negaraku & Bangsa Johor
9:00 pagi       :        Kata Aluan Pengarah Pej. Pengurusan Strategik & Kualiti
                             ~ YBhg. Prof. Dr Noraini binti Kaprawi
9:35 pagi       :        Diskusi Ilmu bertajuk “Refleksi Pencapaian Akhir Tahun                                                                                          SKTU 2013” dan Amanat Naib Canselor 2014
12 :00 tghari  :        Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Sempena Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001 : 2008                   

12:30 tghari   :        Nyanyian Lagu Gemilang UTHM
12:35 tghari   :        Jamuan dan Bersurai







 

No comments: