Monday, June 17, 2013

UNESCO WORLD DAY TO COMBAT DESERTIFICATION 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

PROGRAM “UNESCO WORLD DAY TO COMBAT DESERTIFICATION 2013”

Dengan segala hormatnya saya merujuk lepada perkara di atas.

2.            Adalah dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FKMP) akan mengadakan Program “UNESCO WORLD DAY TO COMBAT DESERTIFICATION 2013” sebagaimana butiran berikut :-

Tarikh                    : 17 Jun 2013 | Isnin
Masa                     : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat                 : Dewan Kuliah A, Blok G3 , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Aturcara               :
8.30 am                 : Ketibaan Staf
8.45 am                 : Ketibaan tetamu jemputan
9.00 am                 : Ketibaan Dif Kehormat & Pegawai Kanan Universiti
                               : Bacaan Doa
                               : Ucapan Aluan Dekan, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (FKMP)
                               : Perasmian Program
       : Penyampaian Cenderahati  Perasmian
10.15                     : Ceramah:  World Day To Combat Desertification
                  (Prof. Madya Dr Azmi bin Aris, UTM)
12.00                      : Penyampaian hadiah pertandingan
12.30                      : Jamuan

3.            Oleh yang demikian, Y. Bhg. Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, adalah dialu-alukan untuk hadir ke program tersebut dan kehadiran akan dicatatkan dan akan diambil kira dalam jam latihan staf. Semoga mendapat kerjasama dan perhatian yang sewajarnya dari pihak Y. Bhg. Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara di atas. Segala kerjasama dan komitmen Y. Bhg. Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Pengarah Program

Contact Info:
Hazifa Hani binti Hj. Ramli Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Samb : 7705

No comments: