Wednesday, July 18, 2012

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 2 ( 47 )                                                10 Julai 2012

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 40 TAHUN 2012
_____________________________

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
TAHUN 2011
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011 sepertimana ketetapan berikut :

                   Tarikh          :        18 Julai 2012 (Rabu)
                   Masa           :        7.45 pagi hingga 12.30 tengahari
                   Tempat        :        Dewan Tunku Ibrahim Ismail (UTHM)
                   Pakaian        :        Baju Korporat Universiti

2.       Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.                 Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan menjayakan program yang dianjurkan oleh universiti. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk memastikan semua staf dapat hadir ke majlis tersebut.

4.       Pengecualian hanya diberikan kepada staf tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus.

5.                 Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SH/myh/10.07.2012/Pekeliling Am UTHM



TENTATIF
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2011
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
18 JULAI 2012 (RABU)
DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL

7.45 pagi           :           Ketibaan Staf dan Tetamu Jemputan

8.45 pagi           :           Ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
                                    Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

8.50 pagi           :           Ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Ir. Jamilus bin Md. Hussin
                                    Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

9.00 pagi           :           Majlis bermula :
           
-          Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Bangsa Johor”

-          Bacaan Doa

:           Ucapan Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
                                    Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

                        :           Penyampaian Watikah Pembentukan Kumpulan Inovatif dan Kreatif

                        :           Penyampaian Anugerah Penerbitan Universiti 2012

-          Anugerah Hadiah Khas Fakulti ( Kategori Buku, Artikel Jurnal,
Kertas Kerja Persidangan dan Modul Pembelajaran )
-          Anugerah Buku Terlaris
-          Anugerah Makalah Terbaik ( Kategori Sains, Teknologi dan Kejuruteraan )
-          Anugerah Buku Terbaik ( Kategori Kemanusiaan dan Sains Sosial )
-          Anugerah Buku Terbaik ( Kategori Sains, Teknologi dan Kejuruteraan )
-          Anugerah Penulis Muda
-          Anugerah Tokoh Penerbitan Universiti

:           Selingan
           
                        :           Penyampaian Anugerah oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
                                    Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

-          Anugerah Jasa Bakti
-          Anugerah Khas Panel Pembangunan Sumber Manusia ( PPSM )
                       
:           Penyampaian Anugerah oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ir. Jamilus bin Md. Hussin
                                    Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

-          Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011

:           Nyanyian Lagu “Gemilang UTHM”

:           Sesi Bergambar Penerima Anugerah di Lobi Dewan Tunku Ibrahim Ismail

:           Jamuan

:           Bersurai





















--
MOHAMAD YUSRIZAN BIN HARUNBahagian Pengurusan dan Pentadbiran
Pejabat Pendaftar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor Darul Takzim.

Tel   : 07-4537145
Fax  : 07-4536337

Coming together is a BEGINNING...Keeping together is PROGRESS...Working TOGETHER is SUCCESS!!!

No comments: