Thursday, November 24, 2011

Seminar Knowledge Sharing On Construction Management

Y. Bhg. Prof. Dato' / Prof. / Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE "1 DAY SEMINAR : KNOWLEDGE SHARING ON CONSTRUCTION MANAGEMENT" ANJURAN JPBHT, FPTPK.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah (JPBHT), Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan (FPTPK) akan menganjurkan "1 DAY SEMINAR : KNOWLEDGE SHARING ON CONSTRUCTION MANAGEMENT".

Butiran mengenai program tersebut adalah seperti berikut:

Program : "1 DAY SEMINAR : KNOWLEDGE SHARING ON CONSTRUCTION MANAGEMENT"
Tempat : Dewan Kuliah FPTPK, Lobi Utama & Lobi Aras 1
Tarikh : 24 November 2011 (Khamis)
Masa : 9:00 Pagi – 4:30 Petang


TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Pendaftaran (Lobi Utama FPTPK)
9.00 pagi : Majlis pembukaan dan perasmian program (Dewan Kuliah FPTPK)
9.30 pagi : Seminar 1- Policy and Sustainable Development: Malaysia Construction Industry Perspective by Ir. Dr. Zuhairi Abd Hamid (Pengarah Eksekutif CREAM, CIDB Malaysia)
10.30 pagi : Minum pagi
11.00 pagi : Seminar 2- Green Initiatives and Sustainable Development in Construction Industry by Prof. Sr. Dato` Dr. Kamarudin Mohd Nor (Certified Green Building Index GBI Facilitator)
12.00 tghari : Rehat
2.00 petang : Task 1- Poster Presentation / Task 2- Presentation Contest
4.30 petang : Award for Competitions / Closing ceremony

Sehubungan dengan itu, pihak FPTPK amat berbesar hati menjemput semua seluruh warga UTHM bagi memeriahkan lagi sambutan program ini. Kerjasama dan perhatian daripada Y. Bhg. Prof. Dato' / Prof. / Tuan / Puan amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Hezil B. Mansor (Pensyarah JPBHT, FPTPK)
Penyelaras Program
"1 DAY SEMINAR : KNOWLEDGE SHARING ON CONSTRUCTION MANAGEMENT"
Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah (JPBHT)
Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan (FPTPK)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

No comments: