Saturday, July 23, 2011

Majlis Penganugerahan Bintang Dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Dan Sijil DiRaja Anugerah Pengakap Raja 2011

Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sijil Diraja Anugerah Pengakap Raja 2011 akan diadakan pada butiran berikut :

Tarikh : 23 Julai, 2011

Masa : 2.00 - 5.00 petang

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM.

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah berkenan untuk mencemar duli ke istiadat tersebut.

Atur Cara

2.00 petang : Ketibaan tetamu jemputan

2.30 petang : Ketibaan YBhg. Dato' Haji Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara

2.40 petang : Ketibaan Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor

3.00 petang : Keberangkatan tiba D.Y.A.M Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Pemeriksaan Barisan Kehormatan
Doa Keberangkatan Tiba
Perarakan Masuk D.Y.A.M Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Persetiaan Pengakap
Bacaan Doa Majlis
Ucapan oleh Y.Bhg. Dato' Seri Paduka Dr. Hj. Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara
Titah D.Y.A.M Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia
Majlis Penganugerahan Sijil Pengakap Raja
Majlis Santapan
Doa Keberangkatan Balik
Keberangkatan balik D.Y.A.M Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Pakaian:

Uniform Pengakap No. 2 bagi yang berhak.
Lounge Suite gelap, bersongkok dan bertali leher gelap serta kemeja berwarna cerah.
Tetamu wanita muslim adalah Baju Kurung Johor.
Tetamu wanita bukan muslim adalah Pakaian Kebangsaan hormat masing-masing.


Contact Info:
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

No comments: