Wednesday, December 8, 2010

Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains & Matematik 2010


Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains & Matematik 2010

Jabatan Sains dan Matematik, Fakulti Sains, Sastera & Warisan UTHM dengan kerjasama Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan menganjurkan :-

"Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik 2010 (SKASM 2010) sempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-18 (SKSM 18)"

Tarikh : 8-10 Disember, 2010

Tempat : The Zon Regency Hotel, Johor Bahru

Pembentang Kertas Utama - Prof. Dato' Dr. Kamel Ariffin Mohd Atan (UPM)

Penceramah Jemputan - Prof. Dr. Abdul Kariem Mohd Arof - UM / Prof. Dr. Zainab Abu Bakar - UiTM


Objektif:

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang pelbagai ilmu dan kajian terkini yang berkaitan dengan sains dan matematik untuk dikongsi bersama.
Membuka ruang penyelidikan kepada para peserta untuk meneruskan penyelidikan yang telah dijalankan agar ia dapat dikembangkan dan dimanfaatkan secara optimis.
Meningkatkan budaya mencintai dan menghargai ilmu melalui perkongsian maklumat di kalangan peserta.
Mewujudkan jaringan kepakaran di antara ahli-ahli akademik dan profesional.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Urusetia,
Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains & Matematik 2010,
Fakulti Sains, Sastera & Warisan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.

No comments: