Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Tuan/Puan
PERKARA : Program "Route To Be A Professional Engineer" Untuk Staf Berjawatan Pengajar di UTHM
Adalah saya diarahkan untuk merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Cuti Belajar, Pejabat Pendaftar menjemput tuan/puan/cik yang merupakan staf UTHM berjawatan Pengajar untuk hadir ke Program "Route To Be A Professional Engineer" yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 10 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Dewan Kuliah 2, UTHM
3. Objektif program adalah untuk memberikan informasi berkaitan laluan kerjaya Pengajar, dan juga membantu dalam perancangan meningkatkan tahap profesionalisme.
4. Staf yang berminat diminta memberikan maklumbalas kehadiran melalui e-mail kepada Pn. Sazelina bt. Salimon di sazelina@uthm.edu.my, atau melalui telefon di talian 07-4537120 selewat-lewatnya pada 5 Jun 2009.
Sekian, terima kasih.
"Dengan Hikmah, Kita Meneroka"
"With Wisdom, We Explore"
Unit Cuti Belajar, Pejabat Pendaftar (Study Leave Unit, Registrar's Office)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia
TEL : 67-4537120, FAX : 607-4536337
ATURCARA
PROGRAM “ROUTE to be a PROFESSIONAL ENGINEER”
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PADA 10 JUN 2009
10.30 pagi - Ketibaan peserta dan tetamu
10.45 pagi - Ucapan aluan oleh Pendaftar
11.00-1.00 tghri - Taklimat Route to Professional
Engineering Oleh Prof. Ir. Dr. Hjh. Siti Hawa Hamzah
- Sesi perbincangan individu bersama penceramah
Jamuan
Wednesday, June 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment