Sunday, June 28, 2009

Minggu Haluan Siswa Sesi 2009/2010



PERMOHONAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SEMASA HARI PENDAFTARAN DAN SEPANJANG MINGGU HALUAN SISWA SESI 2009/2010

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Minggu Haluan Siswa Sesi 2009/2010 akan diadakan pada 28 Jun 2009 - 30 Julai 2009. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat liputan sepanjang Hari Pendaftaran dan Minggu Haluan Siswa Sesi 2009/2010. Bersama-sama ini dimajukan tentatif Minggu Haluan Siswa 2009/2010 untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,

NG WEE FERN
Pej. Hal Ehwal Pelajar.

Wednesday, June 24, 2009

Kursus Kesempurnaan Solat

MEMOHON 2 ORANG PETUGAS MEMBUAT RAKAMAN SEMPENA 'KURSUS KESEMPURNAAN SOLAT' ANJURAN PUSAT ISLAM UTHM

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan 'Kursus Kesempurnaan Solat' iaitu seperti butiran berikut:

Tarikh : 24 Jun 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 2 UTHM

3. Sehubungan dengan itu, pihak kamu memohon 2 orang petugas daripada unit Tuan untuk membuat rakaman sepanjang kursus tersebut berlangsung. Dipohonkan kerjasama pihak tuan untuk meluluskan program tersebut bagi melancarkan program yang dirancang.

Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

'DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'

Yang benar,

PROF MADYA DR HUSSAIN B HJ OTHMAN
Pengarah Pusat Islam
UTHM

Tuesday, June 23, 2009

Perasmian Kempen Keselamatan

Y. Bhg. Prof. Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan,

Perasmian Kempen Keselamatan akan di langsungkan pada 23 Jun, 2009 mulai jam 0815 hingga 10.30 pagi diDataran Kawad Universiti. YBhg Prof/Tuan/Puan di jemput hadir. Sekian terima kasih.

YUSOFF BIN ROMLI
Ketua Keselamatan
samb 7140

Monday, June 22, 2009

Liputan Makan Malam Rejimental Palapes Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tuan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UTHM, akan mengadakan MAjlis Makan Malam Rejimental pada butiran berikut:

Tarikh : 22 Jun 2009
Masa : 5.00 petang - 11.00 malam
Tempat : Persada Johor Convention Centre

3. Sehubungan itu, pihak UCITV telah bersetuju melantik tuan/puan terlibat membuat liputan sepanjang program berlangsung. Pihak UCiTVmengucapkan tahniah di atas perlantikan tersebut.

4. Diharap perkara tersebut dalam makluman tuan/puan selanjutnya. Kerjasama yang diberikan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

"DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA"

Yang benar,
MOHD NOR BIN IHKASAN
Ketua Unit UCiTV

Pertandingan Kawad Bomba

Tajuk : Pertandingan Kawad Bomba antara Staf Keselamatan IPTA
Tarikh : 22 Jun 2009
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Padang B (Padang Rugby)

Tajuk : Forum Cabaran Keselamatan IPTA
Tarikh : 22 Jun 2009
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Kuliah 2

Sunday, June 21, 2009

Istiadat Pentauliahan Kor Suksis

Program : Majlis Istiadat Pentauliahan Kor Suksis
Tarikh : 21 Jun 2009 (Ahad)
Tempat : Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.

Saturday, June 20, 2009

Program Myvi Eco Challenge

Program : Perlumbaan Myvi Eco-Challenge
Tarikh : 20 Jun 2009 (Sabtu)
Tempat : Speedway PLUS Circuit, Subang

Liputan Majlis Istiadat Pentauliahan PALAPES IPTA ke-28

Liputan Majlis Istiadat Pentauliahan PALAPES IPTA ke-28

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UTHM, akan terlibat dalam Majlis Istiadat Pentauliahan PALAPES IPTA ke-28 pada butihan berikut :

Tarikh : 20 Jun 2009 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, johor

Tuesday, June 16, 2009

Membangun Penyelidikan Fundamental - Sesi Perkongsian Pengalaman

Y. Bhg. Prof. / Tuan / Puan,



MEMBANGUN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL - SESI PERKONGSIAN PENGALAMAN



Adakah tuan / puan salah seorang daripada komuniti golongan ini ?



i. Penyelidik Geran FRGS

ii. Staf Akademik UTHM

iii. Pembantu Penyelidik / Pembantu Penyelidik Siswazah / Skim Pelajar Bekerja



Jika YA, tuan / puan adalah dijemput untuk menyertai kami dalam sesi perkongsian pengalaman bersama Y. BHG. PROF. DR. HALIMATON BT. HAMDAN, penyelidik terkemuka daripada Universiti Teknologi Malaysia.



Sesi perkongsian pengalaman ini akan diadakan pada butiran berikut :



Tarikh : 16 Jun 2009 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Kuliah 2, UTHM

Tajuk :



“HOW TO BE SUCCESSFUL IN FUNDAMENTAL RESEARCH?”



Bersamalah kita mengambil peluang ini untuk mendapatkan tips untuk membina kerjaya penyelidikan yang cemerlang. Jamuan makan pun ada…



** Sesi ceramah ini diadakan sempena penganjuran Bengkel Pemantauan Kemajuan Projek Penyelidikan FRGS 2009







“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Pengarah

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Monday, June 15, 2009

'Majlis Pelancaran Logo KMJ 2009 Dan Pelancaran Projek Pemuliharaan Hidupan Liar Negeri Johor

Majlis Pelancaran Logo KMJ 2009 Dan Pelancaran Projek Pemuliharaan Hidupan Liar Negeri Johor

Tarikh: 15 Jun 2009 (Isnin)

Masa: 2.30 petang

Tempat: Persada Johor

Disempurnakan oleh: DYAM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar (Tunku Mahkota Johor)

Majlis ini diadakan bersempena Kembara Mahkota Johor (KMJ 2009) yang akan berlangsung dari 4 hingga 7 Julai 2009.

Di samping pelancaran Logo KMJ 2009, majlis ini juga akan diikuti dengan upacara menandatangani MOU di antara Kerajaan Negeri Johor dan beberapa agensi termasuklah UTHM.

NC(HEPA)UTHM di TV 1 berkaitan Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009


NC(HEPA)UTHM di TV 1 berkaitan Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009

Yang Berbahagia Prof/Dato'/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan, paparan TNC(HEPA)UTHM di TV 1 berkaitan Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009 yang akan diadakan di UTHM dari 18-21 Jun 2009 di url berikut:

http://ucitv2.uthm.edu.my/streaming.php?media=ondemand&id=1755fadfd95d0acb469c64d8d2ff23d9


Semoga warga universiti dapat manfaatnya.

Dengan Hikmah , Kita Meneroka


Mohd Nor bin Ihkasan
Ketua Unit UCiTV
Pejabat Canselori
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

hp no: 013-7716210
Tel no: 07-4538309
Fax no: 07-4538347

Friday, June 12, 2009

PEPERIKSAAN LISAN (VIVA) - Md. Yusof bin Ab. Hadi

Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan Peperiksaan Lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Tajuk : Kesediaan Pelajar Institut Latihan Perindustrian Malaysia Menjadi K-Worker untuk Memenuhi Keperluan Industri

Nama Pelajar : Mohd Yusof bin Ab. Hadi
Program : Doktor Falsafah (Ph.D) Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Tarikh : 12 Jun 2009 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Studio Pendidikan, UTHM
Pemeriksa Dalam : Prof. Madya Dr. Maizam bte Alias (UTHM)
Pemeriksa Luar : Prof. Dr. Zakaria bin Kasa (UPSI)
Pemeriksa Luar : Prof. Madya Dr. Ramlee bin Mustapha (UKM)
Pengerusi : Prof. Dr. Sulaiman bin Yamin (UTHM)

Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan yang berminat dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Yg. Bhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan amatlah dialu-alukan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.


Yang benar,

Pusat Pengajian Siswazah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Samb : 7906

Wednesday, June 10, 2009

Program "Route To Be A Professional Engineer"

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Tuan/Puan

PERKARA : Program "Route To Be A Professional Engineer" Untuk Staf Berjawatan Pengajar di UTHM

Adalah saya diarahkan untuk merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Cuti Belajar, Pejabat Pendaftar menjemput tuan/puan/cik yang merupakan staf UTHM berjawatan Pengajar untuk hadir ke Program "Route To Be A Professional Engineer" yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Jun 2009 (Rabu)

Masa : 10.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi : Dewan Kuliah 2, UTHM

3. Objektif program adalah untuk memberikan informasi berkaitan laluan kerjaya Pengajar, dan juga membantu dalam perancangan meningkatkan tahap profesionalisme.

4. Staf yang berminat diminta memberikan maklumbalas kehadiran melalui e-mail kepada Pn. Sazelina bt. Salimon di sazelina@uthm.edu.my, atau melalui telefon di talian 07-4537120 selewat-lewatnya pada 5 Jun 2009.

Sekian, terima kasih.

"Dengan Hikmah, Kita Meneroka"
"With Wisdom, We Explore"

Unit Cuti Belajar, Pejabat Pendaftar (Study Leave Unit, Registrar's Office)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat
Johor, Malaysia
TEL : 67-4537120, FAX : 607-4536337


ATURCARA
PROGRAM “ROUTE to be a PROFESSIONAL ENGINEER”
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PADA 10 JUN 2009


10.30 pagi - Ketibaan peserta dan tetamu

10.45 pagi - Ucapan aluan oleh Pendaftar

11.00-1.00 tghri - Taklimat Route to Professional
Engineering Oleh Prof. Ir. Dr. Hjh. Siti Hawa Hamzah

- Sesi perbincangan individu bersama penceramah

Jamuan