Friday, September 19, 2008

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM SEMPENA SAMBUTAN TAHUN ANTARABANGSA PLANET BUMI PERINGKAT UTHM TAHUN 2008



Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,
 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
 UTHM/PP/100-6/3 (51) 17 September 2008
 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 51/2008
 FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM SEMPENA SAMBUTAN TAHUN ANTARABANGSA PLANET BUMI PERINGKAT UTHM TAHUN 2008

Sukacita dimaklumkan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dengan kerjasama Pusat Islam, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan program di atas sebagaimana butiran berikut :

 Tarikh :19 September 2008 (Jumaat)
 Masa :8.30 pagi hingga 11.00 pagi
 Tempat :Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM
 Tajuk Ceramah :Pemuliharaan Bumi Tanggungjawab Ummah

 2. Sehubungan dengan itu semua staf diwajibkan hadir. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di pintu masuk Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII). Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus.

 3. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg Prof./ tuan/ puan.

 “DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA” 

Yang benar,
SULAM BIN HAMID Pendaftar 
7100
 s.k - Naib Canselor
 - Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
 - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
 - Dekan-Dekan Fakulti
 - Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

No comments: