Monday, August 25, 2008

Minggu Penerbitan 2008 Anjuran Pejabat Penerbit UTHM

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

MINGGU PENERBITAN ANJURAN PEJABAT PENERBIT UTHM
Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Penerbit, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan Minggu Penerbitan Universiti 2008 bermula 25 hingga 29 Ogos 2008.

2. Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang Minggu Penerbitan ini seperti Karnival Buku, Majlis Pelancaran Buku, Ceramah Penerbitan & Penulisan, Demonstrasi Grafik, Demonstrasi Percetakan dan Meja Penerbit bersama pelanggan. Kemuncak Minggu Penerbitan ini adalah Majlis Penyampaian Anugerah Penerbitan Universiti 2008 yang akan diadakan pada 29 Ogos 2008 di Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM

3. Bersama-sama ini disertakan pamplet yang berkaitan untuk rujukan.

Sekian, terima kasih

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,
PROF. DR. AHMAD SHAKRI B. MAT SEMAN
Pengarah Penerbit
07-453 7450
07-453 6145

No comments: