UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UTHM/PP/100-6/3 (05) 03 Januari 2008
PEKELILING PENGURUSAN BIL.5/2008
AMANAT TAHUN BARU 2008
Sempena dengan kedatangan tahun baru 2008, satu majlis Amanat Tahun Baru akan disampaikan oleh Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor. Majlis ini akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 11 Januari 2008 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)
2. Semua staf diwajibkan hadir ke majlis yang diadakan tersebut. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk mempastikan semua staf hadir ke majlis yang diadakan. Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus.
3. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian Y. Bhg. Prof. /Tuan / Puan.
Sekian, terima kasih.
“MENERAJUI APLIKASI SAINS DAN TEKNOLOGI”
Yang benar,
SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' 7100
s.k - Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
Friday, January 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment