Thursday, April 14, 2022

Dilema Ibu Bapa Berkerjaya : KPI di Pejabat vs KPI di Rumah

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Datuk / Prof. / Tuan / Puan,

Sukacita dijemput semua untuk menghadiri Sembang Santai Program Bakti Ramadhan Kelab Staf UTHM (KSUTHM) bersama Rakan Strategik @ Anjung Bonda Nor seperti ketetapan berikut:

Tajuk : Dilema Ibu Bapa Berkerjaya : "KPI di Pejabat vs KPI di Rumah"
Tarikh : 14 April 2022 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi
Platform : Live FB dan YouTube

Panel :
1. Bonda Nor, Penulis
2. Prof. Dr. Yusri bin Yusof, Pengerusi KSUTHM
3. Prof. Madya Dr. Angzzas Sari binti Mohd Kassim, Setiausaha KSUTHM

Bonda Nor :
FB - https://www.facebook.com/pujuklahhati
YouTube - https://bit.ly/37hLaS2
https://fb.watch/cnj6LUbz0D/ https://www.youtube.com/watch?v=jnJsjflJytg


KSUTHM :
FB - https://www.facebook.com/KS.UTHM/
YouTube - https://www.youtube.com/c/UTHMTV

Sehubungan dengan itu, pihak KSUTHM ingin mengalu-alukan pihak YBhg. Prof. Datuk / Prof. / Tuan / Puan untuk sama menyertai dan menjayakan penganjuran program tersebut.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

AJK INDUK KSUTHM SESI 2021/2023

Tuesday, April 12, 2022

Seminar The Right Time for Digital Transformation


Seminar The Right Time for Digital Transformation

Tarikh : 12 Apr 2022 (Selasa)
Masa : 10.00 am ~ 12.00 pm
Tempat : Youtube

Moderator : Dr. Azli Bin Nawawi Director, Centre for Virtual Learning Panel : Assoc. Prof. Dr. Wan Zuhainis Binti Saad Director, Academic Excellence Division (BKA), Higher Education Department

 Sekarang ni, hampir SEMUA BENDA nak kena jadi DIGITAL

😅
Kan?
Kalau bab² MEDIA SOSIAL, kita OK lagi..
Tapi kalau bab² berkaitan KERJA, kita akan jadi SERAM sikit 😅😅😆
Sebab akan ganggu kita punya zon SELESA kan? Hehe
Jadi, sebelum anda FIKIR yang BUKAN²... 🤣🤣..
Jom sertai seminar yang akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr Wan Zuhainis binti Saad, Pengarah, Bahagian Kecemerlangan Akademik (BKA), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ni 😊
Beliau akan kupas berkaitan tranformasi DIGITAL peringkat GLOBAL (bagus nih 👍)
Apa AGENDA BKA bagi Transformasi Digital di peringkat global?
Pelan Strategik Transformasi Digital BKA bersama INDUSTRI?
HASRAT BKA kepada UA, UTHM dlm memacu halatuju BKA...dan banyak lagi 😊😊👍
Sesi ni bagus untuk kita adakan MINDSET yang betul..supaya kita boleh WORK SMART 😊👍👍
Nak join mudah je, tonton video seminar di Youtube UTHM TV..
Tak perlu daftar pun 😊👍
Peserta yang tonton secara LIVE akan berpeluang untuk tanya soalan, dapat jam kursus dan sijil digital 😊
Terima kasih!
Pesanan: Jangan berbuka puasa secara digital tau!

Sunday, April 10, 2022

Majlis Iftar bersama Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan Kepimpinan Tertinggi UTHM

Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan Kepimpinan Tertinggi Universiti

Dato’ Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM sudi hadir memeriahkan majlis tersebut.
Program anjuran Pejabat Pendaftar ini turut dihadiri Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Timbalan-Timbalan Naib Canselor Universiti dan Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh serta Pegawai-Pegawai Kanan Universiti.
Turut berlangsung penyampaian bantuan kepada ibu-ibu tunggal sumbangan dari Kelab Staf UTHM dan juga sesi tazkirah oleh Ustaz Mohd Lotfi Solihan, Pengarah Pusat Islam UTHM.

TARIKH : 10 APRIL 2022 (AHAD) MASA : 6.00 PETANG TEMPAT : DEWAN SULTAN IBRAHIM, UTHM
6.00 petang - Ketibaan Staf di Dewan Sultan Ibrahim 6.10 petang - Ketibaan YBhg. Naib Canselor dan Pegawai Kanan 6.15 petang - Ketibaan Ahli Lembaga Pengarah UTHM - Ketibaan YBhg. Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM 6.30 petang - Penyampaian Sumbangan - Tazkirah Ramadhan oleh Pengarah Pusat Islam 7.05 malam - Bacaan doa 7.15 malam - Jamuan Berbuka Puasa - Solat Maghrib - Bersurai

Tuesday, April 5, 2022

Wadah Bicara BSM berkaitan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 


YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Dr./Tuan / Puan / Saudara /Saudari, 





JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI WADAH BICARA BSM PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sumber Manusia Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan satu Wadah Bicara BSM berkaitan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) secara dalam talian. 

3.         Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Dr./Tuan / Puan / Saudara /Saudari adalah dijemput untuk turut sama menyertai wadah bicara ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tajuk yang akan dibincangkan seperti ketetapan berikut :

                   Tarikh               :    05 April 2022 (Selasa)

                    Masa                :    10.00 pagi hingga 11.30 pagi 

                    Medium           :    Secara Dalam Talian 

                   

                    Panel               :    Encik Andy Anak Romeo Willie @ Sanen

                                                 Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pasca Perkhidmatan,

                                                 Jabatan Perkhidmatan Awam


4.          Bersama-sama ini dilampirkan poster berkaitan untuk rujukan YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Dr./Tuan / Puan / Saudara /Saudari. Kerjasama dan perhatian berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, harap maklum.


"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

UNIT PERKHIDMATAN DAN SARAAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
TEL : 07-4537114