Majlis Pelancaran Program Edu SkillUp
Objektif program:
meningkatkan
kemahiran penggunaan beberapa perisian dan aplikasi dalam talian bagi
membantu guru-guru sekolah menjalankan PdPR dengan lebih mudah dan
berkesan
Anjuran Bersama:
Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM Pagoh dan Pejabat Pendidikan Daerah Muar.
Kumpulan sasaran:
guru-guru di Daerah Muar
Yuran: Percuma
Tarikh : 25 September 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Online
https://news.uthm.edu.my/ms/2021/10/program-edu-skillup-bantu-guru-kuasai-kemahiran-pdpr/?fbclid=IwAR0X2c-o_fpkDYjUDRpb02rdmvs6dYezsrp7umx-F9_FbklP-xlwmdjrDSgSekumpulan ahli akademik Fakulti Sains
Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
telah merencana pelbagai aktiviti secara berkala bagi membantu guru-guru
sekolah sekitar daerah Muar menguasai kemahiran pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian dengan berstruktur dan
terancang.
Khidmat komuniti ini dilaksanakan
melalui program yang dinamakan ‘Edu SkillUP’ dengan kerjasama Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) Muar.
Program ini bagi menyahut hasrat UTHM
yang inginkan warganya terus memberi khidmat kepada masyarakat dan
komuniti setempat seperti yang dinyatakan dalam inisiatif UTHM Prihatin.
Dari kajian yang dijalankan, kira-kira 500 guru sekitar Muar menunjukkan minat untuk menyertai program ini.
Pelbagai aktiviti seperti kaedah PdP menggunakan aplikasi Padlet, PowerPoint, Quizziz, Google Form, Kahoot, penyediaan video dan seumpamanya diberikan kepada guru-guru tanpa sebarang bayaran.
Majlis Perasmian program EduSkillup
telah diadakan pada 16 Oktober lalu secara dalam talian dan
disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Perancangan),
Mohd Sulaiman Ahmad menjalankan tugas Pegawai Pendidikan Daerah, PPD
Muar.
Hadir sama ke majlis perasmian itu, Dekan FAST, Profesor Dr. Hashim Saim.
Dr. Maria Elena Nor selaku penyelaras program Edu SkillUP
berkata banyak pembaharuan perlu dibuat agar PdP terus kekal relevan,
di samping memastikan tiada keciciran pelajar sepanjang proses itu.
“Oleh itu, kemahiran-kemahiran digital
yang terkini perlu dikuasai oleh para pendidik dengan mendapatkan
pendedahan dan latihan yang bersesuaian.
“Guru-guru perlu menyesuaikan diri
dengan keadaan semasa bagi memastikan proses pembelajaran dapat
dijalankan dengan berkesan dan lancar,” katanya.
Beliau menambah, pada ketika ini masih ramai guru-guru hanya menggunakan aplikasi asas seperti WhatsApp dan Telegram bagi pelaksanaan PdPR.
“Medium ini sememangnya berkesan bagi
menyampaikan maklumat, namun ia tidak sesuai dijadikan medium utama bagi
PdPR pada masa akan datang.
“Oleh itu penawaran kepada program Edu SkillUP terutamanya bagi guru-guru diharap dapat memberi kesan kepada teknik PdPR secara lebih interaktif,” tambah beliau.
Program perkongsian ilmu tersebut
dijayakan oleh penceramah, Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Profesor
Madya Ts. Dr. Mohd Kamarulzaki Mustafa dan Timbalan Dekan Akademik dan
Antarabangsa, FAST, Dr. Hamizah Mohd Safuan yang berkongsi tentang
kaedah mengaplikasikan teknologi dalam penyampaian PdPR.
Sementara itu, Profesor Madya Ts. Dr.
Aida Mustapha selaku Ketua Pelatih di Akademi Intelek dan Data Analitik
(AI.DA) pula memperkenalkan fungsi akademi tersebut yang menawarkan
pensijilan profesional Microsoft Certified Profesional, Microsoft Technical Certification dan Microsoft Office Specialist yang
boleh diambil oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang berminat untuk
meningkatkan kemahiran mereka dan diiktiraf oleh Microsoft.
“Program ini sangat relevan untuk
diambil bagi memudahcara proses pengajaran yang lebih berkesan di
samping menjamin pengiktirafan secara formal terhadap kemahiran yang
telah diperolehi,” jelas Dr. Aida.