MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 63
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2020
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 63 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tahun 2020 sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 30 Ogos 2020 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim, UTHM
Pakaian : Baju Korporat
2. Berdasarkan pelaksanaan norma baharu, majlis akan dilaksanakan secara bersemuka dengan hanya melibatkan kehadiran barisan pengurusan tertinggi Universiti dan sebilangan staf yang dijemput khas.
3. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf dan kehadiran akan direkodkan melalui Sistem QR Code dan secara atas talian.
4. Justeru, semua staf yang dijemput secara bersemuka di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), adalah DIMESTIKAN HADIR dan staf yang lain adalah dijemput untuk menyaksikan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 63 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tahun 2020 yang akan disiarkan secara langsung melalui laman Youtube UTHM dan Facebook UTHM (maklumat pautan akan dimaklumkan kemudian) sebagai komitmen terhadap program anjuran universiti.
5. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/Datin/Prof./tuan/puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar
ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100
s.k. - YBhg. Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
- Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh
- Bendahari
- Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan)
- Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Perhubungan
Korporat)
- Penasihat Undang-Undang
- Dekan-Dekan Fakulti/Pusat
- Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-
Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 63
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Tarikh : 30 Ogos 2020 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim, UTHM
8.30 pagi |
: |
Ketibaan staf di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM |
|
|
|
|
|
9.00 pagi |
: |
Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor bersama VIP dan Pegawai Kanan Universiti |
|
|
|
|
|
|
|
Nyanyian Lagu “Gemilang UTHM” |
|
|
|
|
|
|
|
Bacaan Doa |
|
|
|
|
|
|
|
Ucapan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor
|
|
|
|
Syarahan Kenegaraan oleh YDH CP. Dato’ Ayob Khan Bin Mydin Pitchay Bertajuk “Perpaduan, Patriotisme dan Integriti Berdepan Krisis Covid-19 : Malaysia Prihatin”
Sesi soal jawab
Penyampaian Cenderahati
Video Ucapan Kemerdekaan Lembaga Pengarah Universiti
Video Ucapan Kemerdekaan Wakil Pelajar |
|
|
|
||
|
|
Nyanyian Lagu Negaraku dan Upacara Menaikkan Jalur Gemilang |
|
|
|
|
|
|
|
Laungan “Merdeka” oleh YBhg. Datuk Naib Canselor |
|
|
|
|
|
|
|
Penyampaian Cenderamata |
|
|
|
|
|
|
|
Nyanyian Lagu Tema Hari Kemerdekaan “Malaysia Prihatin” |
|
|
|
Nyanyian Lagu “Tanggal 31” |
|
|
|
|
|
12.00 tengahari |
: |
Majlis Bersurai |