UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 2 ( 53 ) 13 Ogos 2012
_____________________________
PEKELILING AM BIL. 45 TAHUN 2012
_____________________________
PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN IBU SEDUNIA
TAHUN 2012
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti dengan kerjasama Hospital Pantai Batu Pahat akan menganjurkan Program Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia Tahun 2012 peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : 30 Ogos 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Utama (UTHM)
2. Program ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.
3. Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah dipersilakan hadir bagi memperoleh informasi dan menjayakan serta memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti.
4. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar
SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100
s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Penolong-Penolong Naib Canselor
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit
SH/myh/09.08.2012/Pekeliling Am UTHM
TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN IBU SEDUNIA
TAHUN 2012
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
30 OGOS 2012
DEWAN UTAMA (UTHM)
8.00 pagi : Pendaftaran Peserta
: Ketibaan Tetamu Jemputan
8.30 pagi : Bacaan Doa
9.00 pagi : Persembahan Tarian Zapin
9.15 pagi : Ucapan Aluan
oleh Pengarah Pusat Kesihatan Universiti
Ucapan Aluan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pantai Holding Berhad - En. Aminudin bin Dawam
Ucapan Perasmian Program Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2012 oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Maryati bt. Mohamad
10.00 pagi : Pertandingan Persembahan Kreatif
11.00 pagi : Forum Penyusuan Ibu
12.00 tgh : Pertandingan Persembahan Kreatif
12.50 tgh : Cabutan Bertuah
1.00 ptg : Makan Tengahari
2.00 ptg : Pertunjukan Fesyen
3.00 ptg : Cabutan Bertuah
3.15 ptg : Penyampaian Hadiah
4.30 ptg : Minum Petang
Bersurai