JEMPUTAN PROGRAM TRANSFORMASI JERAYAWARA DIGITAL TVET 2025
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa satu Program Transformasi Jerayawara Digital TVET 2025 kepada seluruh warga UTHM akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 29 Mei 2025 (Khamis)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Sultan Ismail, UTHM
Aturcara : Seperti di lampiran
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang kepentingan transformasi digital TVET UTHM bagi menyediakan satu ekosistem yang mampan dan selamat, mencukupi kemudahan infrastruktur, infostruktur program akademik dan pembudayaan yang komprehensif di UTHM.
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan adalah dijemput untuk menyertai jerayawara tersebut. Kerjasama daripada pihak YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan / amat diharapkan bagi menjayakan jerayawara ini.
Tarikh : 23 April 2025 (Rabu) Masa : 10.30 pagi Tempat : Dewan Sulatan Ibrahim
PEKELILING AM BIL. 8 TAHUN 2025 - MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1446H TAHUN 2025 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkanPEKELILING AM BIL. 8 TAHUN 2025 berkaitan MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2025 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DAN MAJLIS PENGHARGAAN PETUGAS KONVOKESYEN untuk perhatian dan tindakan pihak Yang Berhormat Prof. Dato' / YBhg. Prof. / Tuan / Puan selanjutnya.
Semua staf DIJEMPUT HADIR mengikut penempatan masing-masing bagi menunjukkan komitmen dalam menjayakan program anjuran Universiti. Untuk makluman pihak Yang Berhormat Prof. Dato' / YBhg. Prof. / Tuan / Puan, sekretariat ada menyediakan ruang bagi mana-mana staf yang ingin berkongsi rezeki dengan membawa juadah sebagaipotluckuntuk dikongsi bersama dengan staf yang lain di majlis tersebut. Sumbangan juadah boleh diberikan kepada pihak sekretariat semasa hari majlis berlangsung.
Semoga perkara ini mendapat perhatian dan kerjasama pihak Yang Berhormat Prof. Dato' / YBhg. Prof. / Tuan / Puan selanjutnya.
Yang Berhormat Prof. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) akan mengadakan Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif gerakan membaca di peringkat nasional sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan meneruskan amalan membaca setiap hari. Butiran lengkap mengenai program ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 22 April 2025 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Lokasi : Pentas Utama (Big Stage), Aras 2, PTTA
Siaran Langsung : UTHM TV
3. Untuk makluman semua, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Iddin Ramli, iaitu seorang penulis buku dan pempengaruh (influencer) motivasi yang terkenal dengan nasihat dan dakwahnya yang membuka mata dan menyedarkan ramai, khususnya golongan muda dalam slot Bicara Penulis dan Meet & Greet. Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan buku-buku terbitan terkini daripada Naseehat Holding Sdn Bhd dan Penerbit UTHM di rerurai buku yang disediakan sepanjang program berlangsung.
4. Sehubungan itu,Yang Berhormat Prof. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudariadalah dijemput untuk menyertai dan bersama-sama memeriahkan program inidan diharapkan ia dapat mempertingkatkan lagi budaya membaca ke arah membangunkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan melalui pembelajaran sepanjang hayat.Kehadiran program ini akan direkodkan dan diambil kira sebagai jam kursus/latihan staf dan pelajar. Sijil penyertaan pelajar juga akan disediakan.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
"MALAYSIA MADANI"
--
NORHASLINI BINTI ABD ALIM
Timbalan Ketua Pustakawan Bahagian Promosi dan Koleksi Khas Perpustakaan Tunku Tun Aminah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Digitalisasi Pantun DBP-UTHM 2025
Tarikh : 10 April 2025 (Khamis) Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg Tempat : Big Stage, Aras 2, PTTA
Program ini merupakan kerjasama kali kedua antara DBP dan UTHM selepas
kejayaan projek alih wahana buku cerita kanak-kanak DBP ke aplikasi AR
dan permainan pada tahun 2023. Kali ini, cabaran lebih sengit di mana
fokus diberikan kepada alih wahana pantun ke bentuk permainan digital,
menguji daya saing dan inovasi pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains
Komputer Pengkomputeran Multimedia, FSKTM UTHM.