Yang Berhormat Prof. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) akan mengadakan Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif gerakan membaca di peringkat nasional sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan meneruskan amalan membaca setiap hari. Butiran lengkap mengenai program ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 22 April 2025 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Lokasi : Pentas Utama (Big Stage), Aras 2, PTTA
Siaran Langsung : UTHM TV
3. Untuk makluman semua, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Iddin Ramli, iaitu seorang penulis buku dan pempengaruh (influencer)
4. Sehubungan itu, Yang Berhormat Prof. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
"MALAYSIA MADANI"
--
Bahagian Promosi dan Koleksi Khas
Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
No comments:
Post a Comment