Monday, February 26, 2024

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTHM dengan Digital Pro



Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Persatuan Profesional Digital Malaysia (Digital Pro) anjuran Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UTHM

Tarikh : 26 Feb 2024 (Isnin) Masa : 11.00 pagi Tempat : Dewan Jamuan, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

YBhg. Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Digital Pro yang diwakili oleh Dr. Hasnul Auzani Hassan, Pengerusi Digital Pro.
Sesi menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh En. Naim Maslan, Pendaftar/ Ketua Pegawai Operasi UTHM dan En. Es’aedi Asmit, Bendahari Digital Pro. Turut hadir Prof. Madya Ts. Dr. Azizul Azhar Ramli, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Pegawai-pegawai Kanan Universiti, pengurusan FSKTM dan delegasi daripada Digital Pro.
MoU ini adalah sebagai tanda persefahaman bagi kerjasama di dalam bidang teknologi maklumat meliputi aktiviti penyelidikan dan pembangunan maklumat, latihan industri, inovasi dan pengkomersialan, perkongsian ilmu, pembangunan makmal dan kerjasama lain yang bakal dirancang di antara UTHM dan Digital Pro.

Wednesday, February 14, 2024

Forum Israk & Mikraj : Memaknai Sebuah Perjalanan Agung






 ๐Ÿ•‹ Forum Israk & Mikraj ๐Ÿ•‹
๐ŸŒ™ Memaknai Sebuah Perjalanan Agung ๐ŸŒ™

๐Ÿ—’ Hari : Rabu  9.00 pagi
๐Ÿ“† Tarikh : 14 Februari 2024
๐Ÿ•Œ Tempat : Ruang Legar UTHM Kampus Cawangan Pagoh

Moderator : Saudara Amierul Afzan
Ahli Panel :
1. Dr. Mohd Shafiq bin Sahimi
2. Ustaz Khairudin bin Hassan Al-Hafiz

๐Ÿ“๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก:

Unit Kerohanian UTHMKCP, Pusat Islam UTHM, KSUTHM, KLAS, KSFTK, KEISSWA, Kelab Staf CeDS dan Kelab Staf PPMKCP


✨ Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga. {๐˜๐˜™ ๐˜”๐˜ถ๐˜ด๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ}


✨Semua Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir ✨


Jangan lupa untuk bantu sebarkan๐Ÿ˜Š


Tuesday, February 6, 2024

Majlis Amanat Naib Canselor UTHM 2024




 Majlis Amanat Naib Canselor UTHM 2024

Tarikh : 6 Februari 2024 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi
Tempat : Pusat Konvensyen Kemudahan Guna Sama, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh

Monday, February 5, 2024

Program 'Global Partnership Initiative: Navigate Your Future and Launching of Career Progression Map in Food Services’



Program Global Partnership Initiative: Navigate Your Future and Launching of Career Progression Map in Food Services

Tarikh             : 05 Februari 2024 (Isnin)
Masa               : 2.00 petang -  4.30 petang
Tempat           : Dewan Banquet, Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM

Anjuran:
Pusat Pembelajaran Berterusan dan APEL dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional