Wednesday, April 23, 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025 UTHM Dan Majlis Penghargaan Petugas Konvokesyen

 


Tarikh :  23 April 2025 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Sulatan Ibrahim

PEKELILING AM BIL. 8 TAHUN 2025 - MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1446H TAHUN 2025 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bersama-sama ini dilampirkan PEKELILING AM BIL. 8 TAHUN 2025 berkaitan MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2025 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA DAN MAJLIS PENGHARGAAN PETUGAS KONVOKESYEN untuk perhatian dan tindakan pihak Yang Berhormat Prof. Dato' / YBhg. Prof. / Tuan / Puan selanjutnya.

Semua staf DIJEMPUT HADIR mengikut penempatan masing-masing bagi menunjukkan komitmen dalam menjayakan program anjuran Universiti. Untuk makluman pihak Yang Berhormat Prof. Dato' / YBhg. Prof. / Tuan / Puan, sekretariat ada menyediakan ruang bagi mana-mana staf yang ingin berkongsi rezeki dengan membawa juadah sebagai potluck untuk dikongsi bersama dengan staf yang lain di majlis tersebut. Sumbangan juadah boleh diberikan kepada pihak sekretariat semasa hari majlis berlangsung.

Semoga perkara ini mendapat perhatian dan kerjasama pihak Yang Berhormat Prof. Dato' / YBhg. Prof. / Tuan / Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.



"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,

Bahagian Governan dan Pengurusan Dasar
Pejabat Pengurusan Organisasi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 

Tuesday, April 22, 2025

Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat UTHM

 





Yang Berhormat Prof. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudari, 

 

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) akan mengadakan Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif gerakan membaca di peringkat nasional sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan meneruskan amalan membaca setiap hari. Butiran lengkap mengenai program ini adalah seperti berikut:

 

Tarikh : 22 April 2025 (Selasa)

Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Lokasi : Pentas Utama (Big Stage), Aras 2, PTTA

Siaran Langsung : UTHM TV


3.         Untuk makluman semua, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Iddin Ramli, iaitu seorang penulis buku dan pempengaruh (influencer) motivasi yang terkenal dengan nasihat dan dakwahnya yang membuka mata dan menyedarkan ramai, khususnya golongan muda dalam slot Bicara Penulis dan Meet & Greet. Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan buku-buku terbitan terkini daripada Naseehat Holding Sdn Bhd dan Penerbit UTHM di rerurai buku yang disediakan sepanjang program berlangsung.

 

4.         Sehubungan itu, Yang Berhormat Prof. Dato'/YBhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dijemput untuk menyertai dan bersama-sama memeriahkan program ini dan diharapkan ia dapat mempertingkatkan lagi budaya membaca ke arah membangunkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan melalui pembelajaran sepanjang hayat. Kehadiran program ini akan direkodkan dan diambil kira sebagai jam kursus/latihan staf dan pelajarSijil penyertaan pelajar juga akan disediakan. 

 

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

"MALAYSIA MADANI"

--


NORHASLINI BINTI ABD ALIM
Timbalan Ketua Pustakawan
Bahagian Promosi dan Koleksi Khas
Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Monday, April 14, 2025

Majlis Peluncuran Sub Sistem Housing Office Management System (HOMS)



 Majlis Peluncuran Sub Sistem Housing Office Management System (HOMS)

Tarikh : 14 April 2025 | Isnin Masa : 9.30 pagi Tempat : Big Stage PTTA UTHM

Thursday, April 10, 2025

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Digitalisasi Pantun DBP-UTHM 2025



Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Digitalisasi Pantun DBP-UTHM 2025

Tarikh : 10 April 2025 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Big Stage, Aras 2, PTTA

Program ini merupakan kerjasama kali kedua antara DBP dan UTHM selepas kejayaan projek alih wahana buku cerita kanak-kanak DBP ke aplikasi AR dan permainan pada tahun 2023. Kali ini, cabaran lebih sengit di mana fokus diberikan kepada alih wahana pantun ke bentuk permainan digital, menguji daya saing dan inovasi pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Komputer Pengkomputeran Multimedia, FSKTM UTHM.