Program Perkongsian Ilmu " Penyeliaan dan Penilaian Pelajar Pascasiswazah : Pendekatan Holistik Berkesan
Tarikh : 10 Mac 2025 | Isnin Masa : 9.00 pagi Tempat : DKA G3, UTHMProgran anjuran bersama Pusat Pengajian Siswazah, Pusat Kepimpinan dan Kompetensi dan Pusat Pembelajaran Maya ini dihadiri hampir seramai 250 staf akademik.
Yang Berhormat Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim Naib Canselor telah menyampaikan ceramah beliau bertajuk 'Panduan Komprehensif Penyeliaan Pelajar Pancasiswazah: Dari Penyediaan hingga Penilaian' manakala Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) telah menyampaikan ceramah bertajuk 'PenilaianTesis Viva: Amalan Terbaik dan Kriteria Penilaian Menyeluruh.'
Turut hadir, Prof. Dr. Shahruddin Mahzan @ Mohd Zin Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa); Prof. Dr. Mohamad Zaky Noh, Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Prof. Dr. Nor Hazana Abdullah, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Kompetensi.
No comments:
Post a Comment