Majlis Penyerahan Telaga Tiub (Tube well) oleh Yayasan Amal Malaysia Johor dan UTHM kepada Pondok Anwarul Mahabbah
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Alhamdulillah dengan izin Allah, Projek Wakaf Telaga Tiub (Tube well) di Pondok Anwarul Mahabbah oleh Yayasan Amal Malaysia Johor dan UTHM telah berjaya dilaksanakan. Sumber bekalan air semulajadi bawah tanah ini boleh menampung 840 liter air setiap jam.
Pada 9 April 2021 , telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Telaga Tiub (Tubewell) oleh Yayasan Amal Malaysia Johor dan UTHM kepada Pondok Anwarul Mahabbah,Kluang Johor. Alhamdulillah, majlis penyerahan ini telah disempurnakan bersama oleh:
-Tn Hj Salleh bin Farmin
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Johor
-Prof Datuk TS Dr Wahid Razally
Naib canselor UTHM
- Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Penaung Pondok Anwarul Mahabbah
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Projek Wakaf Telaga Tiub (Tubewell) Pondok Anwarul Mahabbah ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penyumbang yang telah menjayakan projek wakaf tubewell ini. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan daripada Allah.. dan semoga bekalan air ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Pondok Anwarul Mahabbah.





Pondok Anwarul Mahhabah ( Penasihat Sheikh Nuruddin Al Banjari) berjaya dilaksanakan dgn Kos Sumbangan RM20k.

Wakaf telaga di Lokasi Madrasah dan Komuniti ( 1 unit- segamat, 2 unit - mersing, 2 unit - Indonesia, 4 unit - Komuniti Tg. Sedili)



Infaq Tuan/Puan


No Akaun : *551061324616* maybank
Catatan : Telaga 2






Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Aaminnnn
No comments:
Post a Comment