Tuesday, November 15, 2016

Majlis Apresiasi Kecemerlangan kerjasama Universiti Industri



Majlis Apresiasi Kecemerlangan kerjasama Universiti Industri

ssalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

YBhg. Prof./Tuan/Puan,
 
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN KERJASAMA UNIVERSITI INDUSTRI
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
                                                                                                                                        
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hubungan Universiti dan Industri, UTHM akan menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kerjasama Universiti Industri yang bertujuan bagi memberi penghargaan kepada pegawai-pegawai penyelaras MoA/MoU/LoI/JD yang aktif dalam menjalankan aktiviti - aktiviti bersama pihak universiti dan industri serta mewujudkan dan menjalinkan hubungan baik di antara kedua-dua belah pihak.
 
3.         Sehubungan itu, YBhg. Prof./Tuan/Puan adalah dijemput dan dipersilakan hadir ke majlis tersebut seperti mana ketetapan berikut:
 
                                    Tarikh                      :           15 November 2016 (Selasa)
 
                                    Masa                       :           8.30 pagi
 
                                    Tempat Baru          :           Bilik Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
                                                           
4.       Besarlah harapan sekiranya YBhg. Prof./Tuan/Puan dapat memenuhi undangan ini. Bersama ini juga dilampirkan tentatif majlis untuk makluman pihak YBhg. Prof./Tuan/Puan selanjutnya. Dengan segala perhatian dan keprihatinan YBhg. Prof./Tuan/Puan berhubung perkara ini, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
 
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
 
Yang benar,
 
 
 
PROF. MADYA DR. MOHD EZREE BIN ABDULLAH
Pengarah       
Pejabat Hubungan Universiti dan Industri
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
( 7193
 
s.k.       -           Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)


MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN KERJASAMA UNIVERSITI INDUSTRI
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

TARIKH : 15 NOVEMBER 2016 (SELASA)
TEMPAT : BILIK BANKUET, DEWAN SULTAN IBRAHIM (DSI)
8.30 pagi
-
Pendaftaran tetamu
9:00 pagi

9.15 pagi

9:20 pagi


9.30 pagi

-

-

-


-

Ketibaan Pegawai Kanan Universiti

Ketibaan YBhg. Prof. Naib Canselor UTHM

Ucapan aluan oleh Penolong Naib Canselor
(Hubungan Industri dan Masyarakat)

Ucapan oleh YBhg. Prof. Naib Canselor UTHM
9.40 pagi
-




-





-


-

Penyampaian anugerah kepada pegawai-pegawai
penyelaras MoU/MoA berhubung dengan industri:
  • Kategori Penyelidikan
  • Kategori Akademik

Penyampaian Watikah Pelantikan:
  • Duta Universiti UTHM
  • Penyelaras ICoE UTHM
  • Academia Industry Ambassador
  • Jawatankuasa Hubungan Industri Universiti

Penyampaian sijil penghargaan kepada penerima geran (KTP, NBOS4, Kontrak)

Tayangan Multimedia
Nyanyian Lagu Gemilang UTHM
Sesi Bergambar

10.30 pagi

-

Perbincangan Isu-Isu Semasa dan Halatuju Hubungan Akademia - Industri bersama Pengarah, Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHI)

11.00 pagi
-
Peranan industri dalam QS Rating: Apakah tindakan kita?
Prof. Madya Dr Hamimah Binti Abd Rahman
Timbalan Pengarah Pejabat Strategik Dan Komunikasi
Korporat

11.30 pagi
-
Bersurai

No comments: