Thursday, March 19, 2015

Pondok Universiti : Pengajian Kitab Turath Bertalaqi Akidah al-Awam dan Bidayah al-Hidayah


Pondok Universiti : Pengajian Kitab Turath Bertalaqi Akidah al-Awam dan Bidayah al-Hidayah
oleh Al-Fadhil Kiyai Hj Suhaili bin Solihin
Tarikh: 19 Mac 2015 (Khamis)


Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Y. Bhg Prof. Dato/Prof. Tuan/Puan,

MAKLUMAN KELAS PENGAJIAN PONDOK UNIVERSITI

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa, Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (ISWAJ) dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat), Pusat Islam dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan menganjurkan program seperti berikut:-

             Nama Program : Pondok Universiti
                                          (Pengajian Kitab Turath Bertalaqi)
             Masa                 : 2.30 – 4.30 petang
             Hari                   : Setiap Hari Khamis
             Tempat             : Dewan Seminar Al-Farabi Pusat Islam UTHM
 
3. Untuk makluman kitab-kitab pengajian boleh didapati daripada bahagian urusetia di luar dewan seminar dengan harga RM10.00 setiap naskhah

4. Kehadiran ini terbuka kepada staf UTHM, pelajar dan masyarakat setempat.  Bagi staf UTHM penyertaan ini akan dikira dalam kiraan jam latihan staf. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Kamarul bin Abdul Karim (011 – 14985371) atau Cik Anisah binti Mohd Salleh (016 – 4767714) untuk maklumat lanjut.

Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,


 
DR. HALIMI BINTI MOHD KHALID
BAHAGIAN PEMIKIRAN DAN PENDIDIKAN
INSTITUT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Tel : 07 – 453 7021
 

No comments: