Saturday, May 23, 2009

Program Science Fair For Young Children 2009

Tuan,

PERMOHONAN PENGGUNAAN SIARAYA, SISTEM RAKAMAN VIDEO DAN BANTUAN JURUTEKNIK DI BAWAH TANGGUNGJAWAB DAN PEMERHATIAN UNIT UCITV UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Biro Kebudayaan Mahasiswa India (BKMI), Sekretariat Perpaduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengadakan program Science Fair For Young Children 2009. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon penggunaan siaraya, sistem rakaman video dan bantuan juruteknik di bawah tanggungjawab unit UCiTV, UTHM. Berikut adalah butir-butir mengenai program tersebut:

Nama Program : Science Fair For Young Children 2009
Tarikh : 23 Mei 2009
Masa : 7.30 pagi - 8.30 malam
Tempat : Kampus Induk,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tetamu : Dato' Dr. S.Subramaniam (Menteri Sumber Manusia)

3. Sehubungan dengan itu, pihak penganjur akan mengadakan latihan persembahan dan protokol pada 21 dan 22hb Mei 2009. Maka, pihak kami juga ingin meminta bantuan pihak juruteknik untuk menghadiri sesi latihan tersebut bagi meringankan lagi kerja-kerja penggunaan siaraya dan sistem rakaman video yang akan dibuat tidak mengalami sebarang masalah dari segi teknikal. Butir-butir mengenai latihan persembahan dan protokol adalah seperti berikut :

Tarikh : 21 Mei & 22 Mei 2009
Masa : 8.00pagi - 11.00 malam ( 21 Mei 2009 )
8.00pagi - 11.00 malam ( 22 Mei 2009 )
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM
Dataran Terbuka, UTHM

4. Adalah besar harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menimbang dan seterusnya meluluskan permohonan kami. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, bole hubungi saya Subaash Krishnan di talian 016-4859343 selaku pengarah program. Segala kerjasama dari pihak tuan adalah didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Subaash a/l Krishnan
Pengarah Program,
Science Fair Young Children

No comments: